Sabtu, 20 Februari 2010

UMNO hanya mementingkan diri


UMNO PENKIANAT BANGSA

Saya terasa amat geram, meluat, benci dan muak melihat perangai para pemimpin UMNO Pulau Pinang dan golongan seangkatan dengannya yang pandai berlakon, bersandiwara dan hidup penuh dengan kepura-puraan. Tindakan mereka menentang pemerintahan Pakatan Rakyat di bawah KM Lim Guan Eng melalui beberapa siri demontrasi kononya kini orang Melayu Pulau Pinang terpinggir dari arus pembangunan Negara adalah satu pembohongan dan bermotifkan politik.

Ramai yang berpendapat, UMNO sekarang sudah mereng, tidak lagi siuman dan telah menjadi gila babi serta ia sudah tidak relevan lagi. Apabila ia membangkitkan isu Melayu terpinggir dalam tempoh hampir genap dua tahun Pakatan Rakyat memerintah, akal yang rasional tidak dapat menerimanya kerana dalam tempoh 35 tahun parti Gerakan/UMNO/BN memerintah nasib Melayu Pulau Pinang, nasib yang menimpa orang Melayu tidak berubah malah semakin teruk berbanding orang Melayu di negeri-negeri lain.

Sukacita saya hendak mengemukakan pertanyaan kepada golongan ini tentang taraf kehidupan orang Melayu di Pulau Pinang dalam tempoh UMNO/Gerakan/BN memerintah selama 35 tahun :

  • Adakah perniaga Melayu mempunyai ruang niaga di Air Itam Tua Pek Kong Temple?
  • Berapa kerat peniaga Melayu yang berniaga di Tanjung Bungah, Pulau Pinang?
  • Berapa ramai pengusaha Melayu yang terlibat dalam industri perhotelan di Batu Ferenghi?
  • Berapa kerat yang mempunyai tapak perniagaan di bandar George Town?
  • Siapa paling ramai berniaga di pusat beli belah Komtar umpamanya?
  • Adakah peniaga Melayu menguasai Restoran Nasi Kandar di negeri ini?
Dasar UMNO tidak tahu malu, pengkianat bangsa dan agama. Mereka mahu mengakui atau tidak bahawa taraf hidup peniaga Melayu tidak ubah seperti mana zaman Malaysia belum merdeka 1957. Peniaga Melayu Pulau Pinang hanya mempunyai gubuk buruk untuk berniaga atau menyelit di banyak gerai yang dipunyai oleh peniaga Cina. Atau paling tidak pun mempunyai gerai pasang siap yang tanahnya menumpang tanah kerajaan atau disewa daripada bukan Melayu. Silap haribulan kena halau oleh tuan punya tanah terbabit.

Apa yang UMNO telah dilakukan selama 35 tahun dalam usaha merapatkan jurang ekonomi rakyat di negeri ini? Siapa jua khususnya orang Melayu yang insaf dan sedar akan nasib bangsanya, akan terasa sakit mata dan telinga melihat kemiskinan orang Melayu di Pulau Pinang. Bohonglah kalau kita mengatakan kita boleh berlapang dada dengan situasi yang melanda orang Melayu di negeri ini. Ianya berlaku sebelum Lim Guan Eng atau Pakatan Rakyat memerintah lagi.

Mari kita kaji satu contoh teladan UMNO sebagai pengkianat bangsa. Lihat semula beberapa kejadian yang berlaku di negeri Pulau Mutiara itu. Jika dahulu pembangunan pesat ditumpukan di kawasan Pulau dengan menghilang dan menghapuskan saki-baki perkampungan Melayu, kini ia merebak ke bahagian Seberang Perai pula. Dahulunya kawasan inilah yang masih banyak dikuasai oleh orang Melayu. Keadaan sudah jauh berubah, pembangunan yang sering diasak dan didodoi dalam boria sedikit masa dahulu sebenarnya adalah pendekatan ala-Israel terhadap Palestin. Perhatikan bahawa para pemimpin UMNOlah yang terlibat menjadi dalang dan juara demontrasi kononnya pembela nasib orang Melayu itulah musibat besar yang bergerak rakus dibelakangnya.

Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah secara paksa mengambil tanah sawah orang Melayu di kawasan yang kemudiannya dikenali sebagai Bandar Alaf Baru PERDA berhampiran Bukit Mertajam. Tanah yang dibayar dengan harga yang tidak seberapa itu, kemudiannya diserah kepada seorang pemimpin UMNO keturunan mamak, Kadir Sheikh Fadzir untuk dibangunkan melalui Syarikat Aseana. Pembangunan Bandar Baru itu kemudian telah diserahkan kepada Syarikat pegangan adiknya pula, Aziz Sheikh Fadzir.

Dalam proses membangunkan Bandar Baru itu, keluarga Kadir melaksanakan ala-Mafia apabila tidak membayar bil-bil syarikat anak Melayu yang digunakan perkhidmatannya. Malah sehingga hari ini [kalau tidak silap saya], Syarikat Aseana masih berhutang hampir RM50 juta dengan PERDA dengan niat menghanguskannya. Lebih mengharukan apabila dalam proses pembinaan PERDA diikat dengan ‘akujanji’ PERDA akan membeli mana-mana unit yang tidak dapat dijual kepada pembeli. Dalam erti kata lain Syarikat milik keluarga Kadir ini tidak mahu mengambil risiko untung rugi perniagaan.

Rasanya golongan istimewa Down Syndrome pun boleh menjadi usahawan berjaya jika mengikut kaedah lanun dalam UMNO ini. Keadaan ini terjadi semasa Dr Ibrahim Saat memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Apabila Dr Helmi Yahya mengambilalih jawatan itu, orang Melayu ‘Penang’ merasa seolah-olah nasib mereka akan terbela sepertimana Melayu Kedah rasai apabila Sanusi Joned naik menggantikan Osman Aroff. Kuih tidak akan berubah bentuknya jika datang dari acuan yang sama. Begitu jugalah dengan nasib Melayu Penang tadi.

Semasa zaman Dr Helmi ini, lagilah dahsyat sehinggakan sanggup menyelewengkan tanah wakaf seperti di Lebuh Acheh yang dimajukan sebagai kondominium. Sanggup pemimpin ini menggula-gulakan waris si mati dengan wang RM600,000, sedangkan mereka telah bersekongkol dalam memakan harta yang haram. Kita juga diberitahu bagaimana Pegawai tertinggi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang [MPPP] yang telah menolak pembinaan kompleks perniagaan ala-Pekan Rabu di Kedah untuk dimajukan bagi kegiatan ekonomi orang Melayu. Cuba kita lihat siapakah yang mengungguli di MPPP jika bukan Dr Helmi Yahya ketika itu.

Pemimpin UMNO ini bukan setakat mengkianati bangsanya di Penang sahaja, malah ia berlaku mencakupi seluruh Negara. Pemimpin UMNO sangat serakah [macam binatang] dengan kuasa yang diamanahkan. Ia berlaku di Kedah terkenal dengan peristiwa ‘kolam udang Kerpan’
[mahkamah barua di Malaysia telah menangguhkan kes ini beberapa kali tanpa ada satu penyelesaian yang muktamat dan begitu juga dengan kes pembunuhan di Memali juga turut tersangkut di mahkamah-perkataan’barua’ yang digunakan oleh penulis sebagai interpretasi kemarahan penulis terhadap mahkamah yang gagal menegakkan keadilan bagi kedua-dua kes ini yang berlarutan sampai kini] dan Empangan Beris.

Di Melaka pula dengan rampasan tanah tradisi di Pengkalan Kundor. Negeri Sembilan dengan isu Tanah Felda Labu Johnson (LBJ). Johor dengan isu pasir yang dijual kepada Singapura dan kisah air minuman. Begitu juga halnya di Sarawak dan Sabah. Kesemua kejadian itu didalangi oleh pemimpin setempat yang sering bekerjasama dengan musibat dari UMNO pusat dengan menjadikan orang Melayu sebagai barangan dagangan dan mereka senantiasa berada dalam kedudukan kerugian selama-lamanya selagi adanya UMNO berkuasa.

Seorang Professor Ekonomi USM, Dr Amir Husin Baharuddin dengan berterus-terang menyalahkan kepimpinan UMNO peringkat negeri Pulau Pinang sebagai orang yang bertanggungjawab dalam soal ini. Memang betul bahawa pemimpin tempatan UMNO hanya mementingkan diri, kedudukan dan tidak memperjuangkan nasib orang Melayu. Merekalah yang menjadi duri dalam daging bagi kemajuan bangsa Melayu dan mereka jugalah pengkhianat bangsa yang boleh dibeli dengan wang. Selama ini mereka juga yang menjadi ejen bagi ‘menghalau’ kedudukan orang Melayu dari bertapak di Pulau Pinang.

Tun Telanai

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...