Sebagaimana yang telah dijadualkan 07 Mac 2010, di tapak Ekspo Seberang Jaya, Seberang Perai tepat jam 8.45 malam majlis ‘DEBAT PERDANA RAKYAT 2010’ yang dianjurkan oleh Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang telahpun berlangsung tanpa kelibat seorang pun PANGLIMA UMNO PULAU PINANG yang dicabar turut sama ke majlis tersebut.
Yang dicabar mereka iaitu Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Norman Zahalan, Rizal Faris Mohideen Yang DiPertua DPMM Pulau Pinang dan Jais Abdul Karim Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.
Ribuan hadirin yang telah hadir memang tidak sabar untuk mendengar sendiri hujah-hujah dari PANGLIMA UMNO PULAU PINANG yang dinanti-nantikan bersama dengan fakta yang mengatakan bahawa Melayu dan Islam di Pulau Pinang ditindas dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
Namun buah yang ditunggu tidak juga gugurnya. Kelibat ketiga-tiga batang hidung panglima tersebut tidak juga kelihatan. Khabarnya mereka bertiga lari sehingga kehujung dunia tanpa meninggalkan khabar entah dimana gerangannya. Ayam yang berkokok nyaring sebelum ini rupanya ditangan mereka penuh berbau tahi./cendawanMalaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan