Rabu, 3 Mac 2010

Prinsip Ahli Politik Yang Tidak Bermaruah


Maka bermula lah… satu lagi siri “pembelian” ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat. Setakat ini tiga telah berjaya diumpan oleh Umno, manakala beberapa lagi mungkin menjadi ‘mangsa” dalam tempoh beberapa hari lagi.

Tan Tee Beng, Zahrin Hashim dari Pulau Pinang dan yang terbaru Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai Perak) memberi alasan mereka meninggalkan PKR demi soal prinsip dan kebenaran.

Begitu juga Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Sallehuddin Hashim bertindak keluar dari parti itu, juga atas soal “prinsip.”

Tidak boleh ditolak kemungkinan beberapa lagi wakil rakyat PKR juga akan mengisythiarkan diri Ahli Parlimen bebas atas soal “prinsip” dalam beberapa hari yang menyusul.

Sejauh mana mereka berpegang kepada “prinsip” boleh diukur daripada keengganan mereka mengosongkan kerusi yang dimenangi menerusi mandat yang diberikan oleh pengundi kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Retorik Zahrin, Tee Beng dan Mohsin mengenai “soal prinsip” adalah dengan sendirinya satu tindakan tidak berprinsip kerana mereka menodai hak dan mandat rakyat yang mengundi mereka KERANA mereka bertanding atas tiket PKR dan Pakatan.

Mereka tunduk kepada gula-gula politik yang ditawarkan oleh Umno dan kini cuba meyakinkan rakyat menerusi arus media perdana bahawa mereka bertindak atas soal “prinsip.”

Begitulah mainan orang politik murahan.

Begitu jugalah dengan Sallehudin yang menjadi orang tengah mengatur tindakan ahli parlimen berkenaan untuk lompat parti.

Sallehuddin diberi amanah untuk menjadi Setiausaha Agung PKR dan sering mengajukan soal prinsip dan moral kepada akar umbi PKR dalam melaksanakan tugasnya.

Namun apabila berdepan dengan keadaan tertentu, termasuk tidak mendapat jawatan yang menawarkan gaji lumayan dengan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor, beliau bertindak keluar parti dan dipercayai terus mengatur perjumpaan dengan Perdana Menteri Najib Razak.

Perjumpaan itu, sebagaimana perjumpaan Saiful Bukhari Azlan dengan Najib yang mencetuskan pertuduhan fitnah liwat kedua terhadap Anwar, memulakan satu lagi pusingan “pembelian” wakil rakyat PKR.

Pusingan pertama berlaku pada awal tahun lalu, dengan pembelian tiga ADUN , dua daripada PKR dan satu dari DAP yang membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak yang dipilih pengundi pada Mac 2008.

Kali ini sasaran Najib adalah Ahli Parlimen, persoalanya – kenapa ?

Sidang Parlimen akan bermula dalam tempoh dua minggu dan Umno-Barisan Nasional sedang cuba sedaya upaya untuk mendapatkan semula majoriti dua pertiga dalam Dewan Negara.

Antara lain ia adalah untuk membawa usul supaya Suruhanjaya Pilihanraya mengadakan persempadanan semula untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Proses “gerrymandering” atau memanipulasi sempadan kerusi pilihanraya adalah taktik biasa yang digunakan oleh Umno apabila parti itu dalam keadaan terdesak untuk memenangi pilihanraya.

Namun usul di Parlimen itu hanya boleh diluluskan jika Umno-BN mendapat sokongan dua pertiga di Parlimen.

Pada ketika ini, parti itu belum mencapai “angka keramat” 148. Umno-BN hanya mempunyai 137 kerusi tidak termasuk sokongan Ahli Parlimen “bebasnya” Ibrahim Ali.

Oleh kerana itu PKR di jadikan sasaran terjahan untuk membeli seberapa banyak Ahli Parlimen bagi membolehkan Umno-Barisan Nasional kembali kepada cara lama untuk meluluskan udang-undang dan pindaan bagi memenuhi agenda politik sempitnya.

Jika laman-laman web dan wawancara “off the record” oleh sesetengah wakil rakyat dijadian sandaran, harga untuk membeli ahli-ahli parlimen PKR berkisar antara lima hingga sepuluh juta ringgit – satu pulangan yang lumayan untuk wakil rakyat berkenaan pabila “prinsip dan maruah’ diketepikan.

Ada Ahli Parlimen yang dikatakan sudah menerima tawaran lumayan itu dan bertindak memindahkan keluarga mereka ke London – kerana bimbangkan reaksi masyarakat yang sebelum ini mempercayai kata-kata mereka untuk melawan rasuah dan politik wang habis-habisan. Harapkan pagar, pagar makan padi.

Taktik untuk keluar parti adalah yang digunakan oleh Tee Beng, Zahrin dan Mohsin – hampir sama iaitu melahirkan kritikan pedas terhadap pucuk pimpinan PKR atau Pakatan Rakyat dan kemudian angkat kaki atas alasan parti telah hilang hala tuju perjuangan.

Hakikatnya juga ialah PKR masih kuat kerana adanya wakil-wakil rakyat seperti Saifuddin Nasution dan Azan Ismail yang diperlawa berulang kali untuk keluar PKR dengan disogok jauh lebih banyak habuan daripada yang ditawarkan kepada mereka yang termakan umpan Umno.

Hakikatnya ialah PKR tetap menjadi harapan kerana mempunyai generasi kepimpinan muda seperti Yusmadi Yusuff, Samsul Iskandar Mohamad Akin dan Badrul Hisham Shahrin yang masih mendokong kuat perjuangan parti.

Hakikatnya juga adalah Anwar tetap mendapatkan sokongan bulat rakan sekutu Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PAS untuk terus menjadi Ketua Pembangkang.

Lucunya, media arus perdana sebelum ini membidas PKR kerana dikatakan mempunyai wakil rakyat yang tidak berkemampuan dan diselubungi pelbagai masalah.

Dan kritikan itu sering merujuk kepada sipolan-sipolan bernama Zahrin Hashim, Tan Tee Beng dan Fairuz Khairuddin serta Mohsin Samsuri.

Anehnya apabila mereka bertindak keluar dari PKR, media arus pertama kini mendakwa parti itu dalam keadaan krisis.

Itulah tahap kewartawanan RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times dan The Star, - semuanya yang di kawal oleh Umno dan parti komponen Barisan Nasional.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...