Rabu, 3 Mac 2010

Umno pecat bekas setiausaha Bahagian Tanah Merah

Bekas setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah, Amran Abdul Rahman, 46, digugur keahliannya dalam Umno setelah membawa perkara parti ke mahkamah dalam saman pemula terhadap Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Umno bahagian, Baharuddin Yusof.

ahmad ismailSetiausaha Umno Bahagian Tanah Merah, Ahmad Ismail (kanan) berkata beliau menerima surat pengesahan dari ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Surat bertarikh 1 Mac memaklumkan Amran yang juga ahli cawangan Simpan 3 Seri Mahligai digugurkan setelah membawa perkara parti ke mahkamah," katanya kepada Bernama hari ini.

amran abdul rahmanPada 17 Februari lepas, Amran (kiri) mengemukakan saman pemula ke atas Ikmal Hisham dan Baharuddin di Mahkamah Tinggi Kota Baharu kerana menganggap kemenangan kedua-dua pemimpin bahagian itu meragukan.

ikmal hisham abdul azizDalam pemilihan 2008, Ikmal Hisham (kanan) menang tanpa bertanding untuk jawatan Ketua Umno bahagian Tanah Merah setelah mendapati 92 dari 108 cawangan yang berdaftar di bahagian itu mencalonkannya manakala Baharuddin mengalahkan penyandang Datuk Saari Hassan dalam pertandingan satu lawan satu.



- Bernama

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...