Khamis, 1 April 2010

Menteri Pendidikan Seks Pertama di dunia

Saya melihat kekalutan kerajaan mahu memartabatkan pendidikan seks di sekolah-sekolah sebagai satu pelarian isu atau mahu cuba memperbaiki labu menggunakan tikus. Tikus itu pulak tikus canggih yang perbaiki labu sambil menghirup segala manisan karbohidrat di dalamnya secara senyap-senyap macam projek bagi jarum kat penagih dadah kelolaan anak mantan PM.

Secara jelas dan berfakta sememangnya pelajaran seks telah diajar di sekolah-sekolah dan saya berani menyatakan hujah ini. Malah jika ada pemimpin-pemimpin UMNO/BN rasa tak cukup lagi pelajaran seks..sila buka buku teks biologi atau buku rujukan biologi tingkatan lima anak-anak anda. Sekarang sudah lagi canggih siap dengan CD PPSMI lengkap dengan gambarajah dan animasi..apalagi yang nak disumbat tentang seks dalam kepala anak murid kita..? Tak cukupkah..?

CD dan DVD lucah berlimpahan dijual di pasaran terbuka di Petaling Street contohnya..to be fair malah di wakaf Che Yeh pun saya pernah jumpa budak-budak menjualnya..apa tindakan polis yg tegas untuk membanteras perkara sebegini?

Keghairahan perwakilan MCA menobatkan raja skandal cina di Malaysia sebagai ketua suku..memang menyerlahkan lagi kehendak kerajaan dan menyerlahkan lagi kecintaan mereka terhadap isu-isu atau individu yang menjadikan seks sebagai idola dan hobi sampingan.

Sedarkah kerajaan bahawa isu perogolan mencanak naik di Negeri Sembilan di kalangan budak sekolah, kes buang bayi akibat persundalan dan macam-macam lagi berpunca daripada kurangnya kawalan dlm instistusi kekeluargaan akibat ibu bapa terlalu mengejar mata pencarian. Sudahlah kurang masa bersama anak-anak, kurang didikan agama..ibu bapa terpaksa mengerah keringat untuk jadi gila mencari duit dengan pelbagai jenis cukai, saman, kenaikan harga minyak & barangan. Pendek kata..jemputlah pensyarah prof luar negara sekalipun mengajar subjek seks ni..tak berubah aura setan di luar yang menghasut remaja. Baiki perkara ini..berikan semula kuasa ekonomi rakyat..jangan seksa mereka sampai terpaksa bekerja lebih masa menanggung keluarga.

Sifat hedonisme mengagungkan cara hidup artis yang bebas dalam paparan drama/filem telivisyen, bersepah dalam media hiburan dan majalah..perlu disekat..kita bukan sahaja ada banyak siaran sampah seperti GALA TV, Terjah, Melodi..yg merosakkan minda budak-budak dengan contoh idola tak kesampaian...

Meletakkan Chua Soi Lek sebagai Menteri Pendidikan Seks pertama di dunia mungkin akan meninggikan lagi martabat kabinet negara. Semoga cadangan ini mendapat perhatian PM kerana kita perlukan satu idola berkesan untuk melestarikan pendidikan seks di mata anak-anak murid. Kalau tak cukup lagi jadikan seorang jejaka berkulit putih, bibir menggoda dari Melaka sebagai timbalan menterinya..pasti mengancam!.../- cikgukomando

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...