Pada 25hb April 2010 ini, rakyat di Hulu Selangor akan turun mengundi bagi menentukan wakil rakyat baru mereka.
Sudah menjadi lumrah pilihanraya, rakyat diasak dengan propaganda dan janji-janji manis Barisan Nasional demi memastikan calon pilihan mereka meraih kemenangan. Hakikatnya, kerajaan Barisan Nasional kini sedang berada dalam keadaan yang amat terdesak gara-gara pelbagai kemelut yang sedang melanda kepimpinan dan pemerintahan mereka. Antaranya, skandal APCO yang menelan wang rakyat sebanyak hampir RM78 juta, penyambungan kontrak 10 tahun kepada syarikat tajaan kerajaan yang bermasalah seperti Pharmaniaga dan tanah-tanah di bawah YBK (Yayasan Basmi Kemiskinan) yang digadaikan dan dikaveat serta cukai tanah yang tidak dibayar, yang membuktikan kepincangan kerajaan Selangor di bawah BN terdahulu.
BN acapkali menuduh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mengabaikan nasib anak bangsa kerana menafikan permohonan YBK untuk membina sebuah institusi pengajian tinggi di Serendah dan kini isu ini dimanipulasikan dalam pilihanraya kecil ini. Ingin saya tegaskan Kerajaan Selangor amat mengalu-alukan usaha untuk memperjuangkan nasib anak bangsa terutamanya dalam aspek pendidikan. Namun begitu, kerajaan Selangor tidak akan meluluskan permohonan sebuah Yayasan yang mendakwa bahawa ianya memperjuangkan nasib orang miskin, tetapi pada masa yang sama, beroperasi secara tidak telus dan membenarkan tanah yang dimiliki digadai dan digunakan untuk tujuan komersil yang tiada kaitan dengan membasmi kemiskinan tanpa audit dan tindakan susulan yang berpatutan. Kerajaan Selangor berhak memastikan kegiatan dan operasi YBK memenuhi tuntutan rakyat serta selaras dengan dasar Kerajaan Pakatan Rakyat yang mementingkan belanjawan negeri yang telus dan berhemah. Kerajaan negeri Selangor sendiri telah memberikan tanah seluas 1,977.428 ekar kepada YBK untuk digunakan sejak tahun 1994 lagi, maka tiada sebab untuk YBK mempersoalkan teguran dan gesaan Kerajaan Selangor selama ini untuk menyiasat penyelewengan yang dilakukan oleh Yayasan tersebut.
Saya turut sedari awal membantah janji yang dibuat oleh Datin Rosmah Mansor untuk mendirikan Pusat PERMATA di Hulu Selangor sekiranya BN menang kerana ini satu lagi bentuk ugutan bagi menjadikan rakyat Hulu Selangor tebusan demi mencapai kemenangan di Hulu Selangor. Saya seru rakyat Hulu Selangor menolak terus janji-janji Barisan Nasional agar memastikan kerusi di Hulu Selangor itu tidak disandang oleh calon parti yang korup dan tidak bermoral. Pilihlah calon yang berani menentang penindasan dan menegakkan keadilan yang dibawakan oleh Pakatan Rakyat.
Kemenangan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor adalah penting ke arah menguatkan suara Pembangkang di Parlimen. Dengan suara Pembangkang yang semakin kuat di Parlimen, kita berharap agar lebih banyak kepincangan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional dapat didedahkan.
Untuk kita dan seluruh rakyat Malaysia mengorak langkah membawa perubahan di peringkat nasional, perubahan harus dimulakan di Hulu Selangor!
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan