Ahad, 25 April 2010

P94 Hulu Selangor: Lebih 10 ribu hadiri ceramah grand finaly di stadium Kuala Kubu Baru









Rakyat Hulu Selangor perlu mempertahankan maruah mereka dengan menolak Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya kecil esok ujar Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menganggap Umno-BN telah menghina penduduk Hulu Selangor dengan pelbagai janji seperti projek dan wang ringgit seolah-olah rakyat di sini melutut kepada kekuasaan Umno-BN.

"Lihat apa yang Umno lakukan mereka telah menggunakan wang dan projek dalam membeli undi mereka, tindakan mereka ini telah menjatuhkan maruah pengundi di Hulu Selangor.

"Saya mahu pengundi di Hulu Selangor mempertahankan maruah mereka dengan menolak Barisan Nasional semasa membuat pilihan. Ini soal maruah ingat mereka boleh beli kita sesuka hati bagi dua ratus tapi kita merana lima tahun.

"Orang Melayu kena sedar, kalau ikut Utusan malaysia atau TV3 akan jadi bodoh. Sekarang kena sedar jangan terlalu suka dengan apa yang Umno janji,"kata Anwar di hadapan lebih 30,000 penyokong dalam ceramah perdana yang diadakan di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu malam tadi.

Beliau juga menjelaskan masa depan rakyat hanya ditentukan oleh rakyat bukannya Umno mahupun media masa.

"Siapa boleh tentukan masa depan rakyat, Umno boleh tentukan masa depan, utusan malaysia boleh tentukan masa depan atau Perdana Menteri. Umno perlu sedar yang tentukan masa depan Hulu Selangor adalah rakyat di sini bukannya mereka yang dari Umno.

"Soal maruah penting dan perlu ingat, kalau cakap tapi tak tunai tak guna jugak. Ini amaran buat Umno-Barisan Nasional jangan pijak hak rakyat, jangan rampas harta rakyat kerana esok rakyat akan menolak Umno-Barisan Nasional sepenuhnya di Hulu Selangor," kata beliau lagi.

Anwar berpesan agar terus bersedia pada malam terakhir ini kerana Umno akan menggunakan pelbagai helah dan kerja kotor mereka dalam memastikan mereka menang pilihan raya kali ini.

"Saya nak berpesan Umno tidak akan berdiam pada saat akhir dan mereka akan menggunakan pelbagai helah kotor mereka dalam menentukan kemenangan mereka. Kita harus berjaga setiap pintu masuk agar hantu-hantu yang dibawa oleh Umno ini tidak akan dapat masuk ke Hulu Selangor," Anwar memberi amaran.


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...