Wahai ahli UMNO berfikirlah - Pemimpin UMNO yang kamu pertahankan sekarang adalah pemegang saham judi. Dihadapan orang Melayu bukan main lagi, kita mesti berakhlak mulia. Kamu sendiri sudah terkeluar daripada akhlak mulia. Apakah pemimpin UMNO seperti ini dapat mempertahankan perjuangan Melayu dan orang Melayu?
Pemimpin UMNO seperti ini adalah pemimpin yang jahat. Di akhirat nanti, pemimpin yang jahat akan berhimpun juga dengan orang yang jahat di dunia. Pemimpin dan ahli UMNO yang menentang Islam akan juga berhimpun dengan orang yang menentang Islam di dunia. Pemimpin dan ahli UMNO tidak akan berhimpun dengan Nabi Muhammad saw. Mereka akan berhimpun dengan
1) Firaun - manusia paling jahat menentang Allah
2) Namrud - pemerintah paling zalim melawan Nabi
3) Qarun - orang paling kaya yang menaja program-program maksiat
4) Abu Jahal/Abu Lahab - penentang Nabi Muhammad saw
5) Abdullah Ubay - ketua munafik dan berpura Islam yang menentang Nabi Muhammad saw
Wahai ahli UMNO segeralah meninggalkan UMNO. Katakan Sayonara to UMNO. No more UMNO. Selamatkanlah kehidupan akhirat anda. Fikir-fikirkan. Bertindaklah segera.
Beruntunglah orang yang telah meninggalkan UMNO. Kami berdoa anda akan terus istiqamah dengan Islam dan mendapat ketenangan dengan Islam yang benar. MUdah-mudahan akhirat nanti bertemulah anda dengan Nabi yang mengasihi anda tidak lain Nabi Muhammad saw.
FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH MAIDAH AYAT 90
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Daripada firman Allah di atas ciri kedua yang menjadi amalan syaitan ialah perjudian. Dari sekecil-kecil bentuk perjudian sehinggalah kepada bentuk paling besar gedung perjudian (casino) adalah diharamkan dalam Islam. Tetapi inilah yang diwarisi oleh pemimpin-pemimpin UMNO (rujuk senarai pemilik saham judi) Klik di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan