Jumaat, 16 April 2010

P94 Hulu Selangor:Tok Batin Hulu Selangor tercengang dapat cek


Sesiapa pun pasti akan tergelak melihat gelagat Menteri Kabinet dan pemimpin BN yang sibuk ‘berkempen’ di Hulu Selangor kebelakangan ini. Yang pasti tindakan kalut mereka itu mengkucar-kacirkan kabinet Najib dan jentera Kerajaan yang siang malam diarah untuk memberikan apa sahaja yang dikehendaki oleh pengundi di Hulu Selangor ketika ini.
.
Lihat sahaja bila Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran turun. Dengan selambanya beliau berlakon jadi ‘Menteri Agama dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar merangkap Menteri Kewangan’ bagi meluluskan projek tebatan banjir dan fasiliti Masjid di Kg. Sentosa bernilai RM 2.1 juta.
.
Kemudian Najib pula turun ke Felda mengumumkan projek yang lebih besar, RM 32 juta untuk Projek perumahan baru di Felda Soeharto. Memang kacau, sebab dulu Felda dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, tetapi kini dikepit dicelah ketiak Najib di bawah Jabatan Perdana Menteri.
.
Seterusnya giliran Palanivel yang disebut-sebut sebagai bakal calon pula berlakon jadi ‘Menteri Kerjaraya’ dengan meluluskan projek bernilai RM 354 ribu di kampung Sg. Buaya bagi membina padang kawat (RM144,000), membaik pulih dua buah madrasah (RM130,000) dan menurap jalan (RM80,000). Memang mengejutkan, walaupun beliau pernah jadi Timbalam Menteri Kerjaraya, tapi selepas kalah dalam PRU-12 dari mana pula dia dapat kuasa untuk gunakan duit Kementerian itu pada masa ini? SPRM masih tidur agaknya.
.
Belum sempat SPRM buka mata, giliran Noh Omar pula masuk panggung dan berlakon jadi “menteri Kerjaraya kedua” bagi mengumumkan projek bernilai RM2.1 juta bagi kerja-kerja membaik pulih bumbung 560 unit di tujuh blok pangsapuri kos rendah Seri Semarak di Bukit Beruntung. Pelik juga, bukankah tahun lepas Najib suruh dia jaga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...