Sabtu, 29 Mei 2010

ADUN umno sokong judi

Tidak semua orang sehaluan dengan keputusan Pulau Pinang untuk mengharamkan judi pertaruhan bola sepak yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan baru-baru ini.

ADUN Seberang Jaya (BN) Arif Shah Omar Shah menganggap arahan pengharaman itu, oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di semua premis, hanya "satu permainan politik".

"Kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai kuasa untuk menutup semua premis judi, bukan setakat judi bola sepak sahaja - itulah (baru) makna sebenar mempunyai niat yang baik," kata Arif Shah kepada Malaysiakini.

"Tapi nampaknya mereka seperti bermain politik," katanya merujuk kepada keputusan kerajaan negeri itu yang hanya mengharamkan premis judi bola, yang pemberian lesennya diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.


Arif Shah mempertahankan keputusan kerajaan persekutuan mengeluarkan lesen tersebut, dengan menegaskan bahawa ia bertujuan untuk mengawal perjudian.

"Mengawal judi pertaruhan haram memang sukar, malah oleh polis sendiri, untuk mengambil tindakan," katanya.

"Tapi kalau ada kempen menentang perjudian, lebih mudah untuk menangkap mereka yang terbabit jika ia disahkan, jadi ia merupakan satu bentuk kawalan," tambahnya.

Namun, beliau segera menambah bahawa judi dilarang dan ditolak oleh setiap agama.

Lim membuat keputusan itu mengikut Perkara 101 (v) Akta Kerajaan Negeri di mana majlis tempatan diberi kuasa untuk menangani isu-isu mengenai keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan perbandaran.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Wesak semalam, Lim berkata, negeri itu ingin mempromosikan "gayahidup yang lebih sihat dan lebih bertanggung jawab" untuk semua keluarga di Pulau Pinang, dan kerana itu memutuskan untuk melarang kegiatan tersebut.

Khamis lalu, beberapa majlis tempatan di Selangor turut mengambil langkah membekukan pengeluaran lesen premis judi yang menawarkan judi pertaruhan bola sepak.

Ia bermula dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada hari Selasa, dan diikuti oleh Selayang dan Ampang Jaya.


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gua harap lu orang pas jangan bantah semua jenis judi, apamacam DAP mahu bikin bussiness lo. itu arak sama spa lu pun mau bantah. lu mau makan kawanka apa gua mau bussiness. judi bola sepak cukup ma! sebab itu judi BN mau bagi sama berjaya group satu orang je, apa DAP tak boleh dapat itu judi bola bussiness ka? kasi demo lebih sikit a.itu tantawi jangan banyak tidur kasi demo banyak sikit. tolong sama dap.nanti itu judi bola tak de lasen dap boleh bussiness cara haram. dapat duit banyak boleh sponsor sama pas. tolong kawan ma, bukan tak de biasa punya, itu najib ingat dia pandai ka , dap lagi pandai ma.

Tanpa Nama berkata...

lesen judi bola ada vincent tan kaya kalau lesen di batalkan lain orang pun boleh untung. yang mana satu pilihan kalbu. pas pilih supaya judi bola tak dimonopoli oleh vincent tan sebab mahu jadi adil. tapi umno pilih bagi vincent tan supaya orang lain tak boleh buat untung nanti duit untung guna lawan kerajaan. lantaklah lah mereka pas vs umno yang menang cina. gua takut allah ada lesen ke tak de gua tak akan berjudi.

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...