Jumaat, 14 Mei 2010

Kerana 1.7 BILION judi jadi HALAL

Patutlah pun beriya-iya sangat luluskan lesen judi sampai tak hirau bantahan orang ramai. Rupa-rupanya banyak masyuk.

WarkahDaily melihat, kelulusan lesen judi untuk perlawanan bola sepak Piala Dunia yang tergesa-gesa oleh kerajaan melalui Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Malaysia disebabkan ingin mengambil kesempatan betapa ramainya penduduk Malaysia yang meminati bola sepak Piala Dunia.

Dengan itu, betapa banyaknya kerajaan dapat mengaut keuntungan daripada hasil cukai perjudian.

Kerajaan sedar betapa banyaknya keuntungan yang bakal diperolehi kerajaan dengan meluluskan lesen judi kerana kerajaan tahu, kejohanan FIFA Piala Dunia mempunyai peminat yang ramai di Malaysia.

Secara langsung, pertaruhan dalam bola sepak Piala Dunia boleh memberi impak yang besar terhadap industri judi di negara ini. Maka keuntungan perolehan hasil cukai judi akan bertambah.

Satu pendedahan dibuat oleh Mayban Securities Sdn Bhd, pada tahun 2006 yang menyatakan nilai urusniaga Judi sehari adalah RM850 juta, tidak termasuk yang tidak berlesen.

Bukan sedikit hasil aktiviti judi. Jika sebanyak itu, ia sudah boleh dikategorikan sebagai industri yang lumayan kepada negara.

Menurut Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar, "Judi sah berlesen dianggarkan bernilai RM850 juta sehari, judi haram pula dianggarkan bernilai RM1.7 bilion sehari".

Ketika menyuarakan rancangan kerajaan untuk meluluskan kegiatan perjudian dalam bola sepak, Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, perancangan kerajaan untuk meluluskan perjudian adalah untuk menghalang kegiatan judi secara haram berleluasa berlaku.

Betul ke alasan tu wahai Awang Adek? Bukan ke sebab RM1.7 bilion tu? Banyak tu, bukan sikit.

Kalau sebab nak mengelak daripada berlaku perjudian haram, apakah kerajaan berani jamin bila dah lulus tiada perjudian haram dan dapat menghalang daripada kegiatan judi berleluasa?

WarkahDaily bimbang, negara kita yang dianggap negara Islam paling maju oleh negara Arab akan jadi negara 'hub halal judi'. Patutlah Amerika Syarikat pun suka dengan 'pemerintahan Islam sederhana' Malaysia.

Lemah sangat ke kerajaan sampai tak boleh nak halang kegiatan perjudian daripada berleluasa?

Bagi
WarkahDaily, itu semua adalah alasan semata-mata bagi mengelabui mata rakyat. Tapi yang menjadi tujuan utama ialah RM1.7 bilion tu. -WarkahDaily

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...