Rabu, 12 Mei 2010

Kes KSSB: MP Kapar buat laporan polis petang ini

Ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam akan menamakan pegawai kanan di Kuala Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang dimiliki oleh kerajaan negeri Selangor yang didakwa terbabit melombong pasir secara tidak sah, hari ini.

Nama-nama berkenaan akan didedahkan dalam laporan polis Manikavasagam yang akan dibuatnya hari ini setelah bermesyuarat dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pagi ini.

Menurut Manikavasagam setelah pertemuan sejam, Khalid mengessanya membuat laporan polis berhubung pegawai-pegawai yang didakwanya mengamalkan rasuah itu.

Beliau juga memberitahu Khalid berjanji akan menubuhkan jawatankuasa kecil khusus di bawah Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang ditubuhkan oleh dewan undangan negeri Selangor bagi menyiasat perkara berkenaan.

Manikavasagam telah beberapa kali mencabar Khalid untuk bertindak ke atas pegawai kanan KSSB berdasarkan dokumen yang diterimanya bagi membuktikan bahawa pegawai kerajaan dan juga perwakilan yang dipilih rakyat juga terbabit.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...