Mursyidul Am PAS itu juga tidak mempedulikan apa sahaja kenyataan yang dibangkitkan oleh pihak tertentu termasuk kenyataan bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Aziz yang juga penulis blog yang dikenali sebagai Kickdefella.
Ketika ditanya pemberita Nik Aziz (gambar) hanya menyifatkan apa yang diperkatakan mengenainya berhubung kesemua isu itu tidak ada dalam pengetahuannya sama sekali.
“Saya tak ambil peduli (hal itu), saya anggap tak ada langsung (dalam kepala saya),” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan kira-kira 50 anggota rombongan Koperasi Takaful Ibnu Al-''Asr dari Thailand di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, hari ini.
Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan terhadap Nik Aziz itu.
Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi di Balai Polis Chow Kit, Kuala Lumpur. — Bernama

1 ulasan:
elok la tok guru toksah dok pikiaq la benda-benda mcm tu.. biaq pemuda pas ja yg uruskan. lagi pun budak terencat akai tu aku rasa dah memang tak keluaq rumah dah.. silap-silap dah cabut ke oversea. tapi jgn dok diam saja.. teruskan gegar pak polisi utk ambik tindakan.. elok sumbat dlm lokap 4-5 hari budak tu.. biaq dia belajaq hormat orang sikit. poyo la mamat tu!
Catat Ulasan