Sebutir lagi peluru mengenai tudungnya.
Dia juga mengemukakan saman RM1 juta lagi kerana mendakwa reputasinya terjejas berikutan kejadian berkenaan.
Selain itu, Siti Nusrinda juga menuntut agar anggota polis yang menembaknya dan tunangnya menjalani kerja-kerja khidmat masyarakat selama dua tahun.
Katanya, tindakan itu sebagai pengajaran kepada anggota polis yang berpangkat koporal dan konstabel itu supaya tidak lagi mengulangi kesilapan mereka.
Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh peguamnya, M Manoharan, yang juga ahli dewan undangan negeri Kota Alam Shah.
Dalam tuntutannya, Ketua Polis Daerah Klang, Ketua Polis Selangor dan Ketua Polis Negara, dua anggota polis itu dan kerajaan dinamakan sebagai defendan.
Selain menuntut pampasan RM1 juta, tunangnya yang kini suaminya yang tidak cedera pada kejadian itu juga menuntut bayaran RM500,000.
1 ulasan:
korang ingat kalau menang saman tu polis dan kerajaan akan bayar pakai duit sapaaaaa??????? duit kita jugak, pdrm dok ketawa lagu tu ja la, isok2 timbak lagi, saman menang lagi... bayar lagi, duit rakyat lagi... timbak lagi menang saman, bayar lagi, duit rakyat lagi.macamtula sampai bila bila.... polis terus membunuh, rakyat terus kena bayar....
Catat Ulasan