Selasa, 15 Jun 2010

3 ekor katak umno yang dikatakan nak melompat tapi katak DAP yang lompat


Itu la... dok canang yang bukan-bukan kata ada adun umno nak melompat, ni tiba-tiba adun DAP lak yang melompat.

12 Jun 2010, Suara Keadilan telah melaporkan Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Zulkifly Ibrahim berkata ketidakpuasan hati di kalangan ADUN Umno yang mempunyai kaitan dengan tawaran jawatan dan habuan yang diterima tiga ADUN Pakatan Rakyat yang melompat kepada BN pada 2009 yang lalu akan menyebabkan mereka itu bertindak keluar UMNO dan menyertai KEADILAN Sebagaimana yang dijanjikan pada 12 Jun hari ini satu sidang Media telah diadakan oleh Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Zulkifli Ibrahim menjelaskan beberapa ADUN BN telah berjumpa beliau menyatakan tidak puas hati dengan kepimpinan Dr Zambry.

Mereka dikatakan bakal mengambil tindakan nekad meninggalkan UMNO/BN untuk menyertai KEADILAN dan akan mengakibatkan Barisan Nasional Perak tumbang.

Kata Zulkifli "Apa yang ingin saya jelaskan, mereka meminta nama mereka dirahsiakan dahulu kerana tidak mahu perkara yang tidak dikehendaki berlaku ke atas diri mereka jika pemimpin tertinggi BN mengetahui hasrat mereka untuk keluar dari BN.

Kita tidak fikir apa yang didakwa itu benar melainkan ianya satu gimik politik murahan saja. Dakwaaan itu ada strategi orang tidak ada kerja atau kekeringan modal untuk membinasakan kerajaan UBN Perak.

Mungkin selepas usaha menerusi mahkamah dan gangguan di Dun Perak gagal maka PKR - Pakatan Rakyat mencari helah dan gimik demikian.

Sememangnya aku sangat bersetuju dengan pendapat MSO itu selain dari gimik politik murahan PKR Perak ianya juga bolehlah dikatakan strategi orang tidak ada kerja atau kekeringan modal.

Kalau kita membaca sepenuhnya laporan dari Suara Keadilan pada 12 June itu menurut Zulkifly Ahli-ahli UMNO yang hendak meninggalkan UMNO itu telah melahirkan rasa tak puas hati terhadap pimpinan negeri berkenaan habuan.

Terus terang mereka telah berkata mereka akan meninggalkan UMNO kerana tidak berpuashati dengan habuan, jadi apakah habuan yang akan mereka dapat jika mereka menyertai PKR?

Jika kerana habuan mereka meninggalkan UMNO dan menyertai PKR apakah yang hendak mereka perjuangkan bersama PKR? Adakah mereka akan memperjuangkan untuk mendapat habuan yang lebih adil didalam PKR, walaupun hakikatnya tiada habuan yang dijanjikan didalam PKR.

Mereka hendak meninggalkan UMNO hanya kerana tidak berpuashati dengan habuan, tidakkah PKR Perak atau PKR Pusat sendiri belajar sesuatu dari tindakan Zahrain MP Bayan Baru yang melompat meninggalkan PKR kerana habuan yang cuba diperolehinya dihalang?

Mereka-mereka itu dikatakan akan melompat menyertai PKR bukannya kerana merasakan Ideologi perjuangan PKR sesuai dengan mereka, bukannya kerana mereka telah menolak dasar perjuangan UMNO tetapi kerana habuan mereka tidak diperolehi, jadi apakah kita patut berbangga dengan pemimpin – pemimpin sebegini yang berjuang untuk kepentingan sendiri?

Adakah kita yakin pemimpin-pemimpin sebegini akan terus setia bersama PKR sehingga PRU13 nanti andaikata mereka melompat menyertai PKR?

Jika yakin.. atas dasar apa keyakinan itu didirikan?

Sedangkan terus terang mereka itu telah berkata mereka akan meninggalkan UMNO kerana HABUAN! Bukannya keikhlasan menjadi sandaran..

Lupakah PKR Perak akan peristiwa atau kes ADUN Bota Nasaruddin Hashim yang keluar UMNO kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan UMNO yang kemudiannya dalam masa tidak sampai sebulan telah kembali kepangkuan UMNO kerana dikatakan menerima berbagai ugutan?

Masih teringat lagi.. ketika Dato Nasaruddin itu datang memberikan penerangan di Chai Leng Park, Butterworth. Bagaimana meriahnya beliau disambut ketika beliau tiba bersama isterinya dengan menaiki Kia Karnival hinggakan ramai ahli-ahli PKR yang berada disitu bersalam dan mencium tangannya.

Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Zulkifly Ibrahim juga berkata "Apa yang ingin saya jelaskan, mereka meminta nama mereka dirahsiakan dahulu kerana tidak mahu perkara yang tidak dikehendaki berlaku ke atas diri mereka jika pemimpin tertinggi BN mengetahui hasrat mereka untuk keluar dari BN.

Tidak nampakkah apa yang cuba mereka sembunyikan disini? Mereka meminta nama mereka dirahsiakan dahulu kerana tidak mahu pemimpin tertinggi BN mengetahui hasrat.

Tidakkah dengan membuat sidang akhbar ini Zulkifly sendiri telah memaklumkan kepada pemimpin tertinggi UMNO/BN untuk bertindak?

Sebenarnya disini mereka telah memperbodohkan Ketua Penerangan KEADILAN Perak itu untuk mengadakan sidang akhbar bagi memberitahu seluruh rakyat dan juga pimpinan tertinggi UMNO/BN agar bertindak.

Bertindak mencari siapakah yang dimaksudkan oleh Zulkifly itu dan Bertindak dengan menawarkan mereka-mereka itu dengan HABUAN yang diingini mereka.

Jika mereka ikhlas mereka tidak perlu menunggu, apa yang perlu mereka lakukan ialah letakkan jawatan dan diadakan PRK bagi kawasan mereka itu.. bukan bertukar menjadi KATAK!

Jadi.. sudah-sudahlah Yeop.. pergi buat kerja, jangan dilayan manusia yang tak ada pendirian tu.. korang pergi jenguk-jenguklah Ranting atau Cabang yang ditubuhkan semasa PRU12 hari tu.

Tengok-tengoklah sama, AJK dah ada atau belum? Perlembagaan Parti yang baru tu dah terima atau belum? Ahli bertambah atau tidak? Apa aktiviti yang dia orang dah buat?

Sampai bila korang nak buat Sidang Media hanya untuk menunjukkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim tu yang anda semua ni aktif?? Kalau aktif mencari dan menambah ahli bagus lah juga tapi kalau aktif dengan membuat sidang media macam ni tak payah lah.. korang balik tolong bini basuh kain lagi baik..

Lagipun kalau anda terus dengan gimik begini kalau tidak menjadi adakah anda percaya orang ramai akan mempercayai lagi kepada dakwaan atau kenyataan-kenyataan dari PKR Perak tu?


Hmm.. buat masa ini masih ada orang ramai percaya yang percaya lagi ke? ...

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...