
Tn hj rashid ditemani Pemangku Ketua Cabang Bayan Baru Sdr Tan Seng Keat dan Bendahari Cabang Sdr Zikri memasuki balai polis untuk membuat laporan


Hj Rashid Sedang memberi kenyataan akhbar selepas membuat laporan
Senator Mustafa Kamal mengutuk kebiadapan penulis surat tersebut
Sebentar tadi Hj Rashid ( ketua Penerangan PKR Bayan Baru ) ditemani hampir 50 orang Jawatan Kuasa Cabang Bayab Baru ,AMK Cabang Bayan Baru serta Pemimpin PR dan penyokong telah membuat laporan Polis berkenaan 1 surat ugutan yang diterima beliau selepas program Tazkirah Magrib oleh Dato Seri Anwar Ibrahim di Masjid Bayan Baru pada 5 Jun sudah
Antara kenyataan Tn Haji Rashid selepas membuat laporan Polis:-
1- Satu ugutan / ancaman bertulis (surat layang) telah di hamburkan kepada saya sehari selepas 'Tazkirah Magrib' oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada 5 Jun 2010
2-Saya ialah salah seorang AJK cabang Bayan Baru yang baru di lantik
3-Isi surat ugutan tersebut berbunyi " TAHNIAH, TUAN HJ RASHID, BAKAL MP BAYAN BARU + PENG KHARIAH BAYAN BARU. SMLM TUAN BAWA ANWAR IBRAHIM MASUK MASJID KAMI9. PUAS KE / KALAU TAHI MASUK RUMAH JGN MARAH YE? JAGA JUBUQ! KAMU KURANG AJAR / KAMU PERLU DI AJAR. TUNGGU!!! MASANYA...
4-Surat ini menyatakan ".... MASUK MASJID KAMI" menunjukkan penulis surat layang / ugutan ini adalah dari AJK/ Orang Masjid ataupun Parti Lawan.
5-majlis Tazkirah Magrib ini adalah arahan dari pejabat yang Berhormat EXCO Agama Kerajaan Negeri dan dihantar dengan Surat Rasmi Urusan Seri Paduka Baginda . Membantah perlaksanaan ini adalah satu kemungkaran yang menyalahi peraturan dan undang-undang
6-Masjid adalah tempat beribadah dan belajar ilmu Agama, Tazkirah adalah sesuatu yang digalakan untuk diberi nasihat agama dan kehidupan. Sesiapa sahaja boleh Memberi Tazkirah
7-Antara isi Tazkirah oleh DSAI pada malam tersebut adalah;-
- Peringatan umat Islam dan AJK Masjid untuk "Yakin Melaksanakan Amal Islami"
- Peringatan amalan mesti sama dengan apa yang dicakapkan
- Masjid adalah diasaskan oleh Taqwa ' PIETY & RIGHTEOUSNESS' atau Masjid Dhirar ( Buruk dan Baik )
- Peringatan Saidina Abu Bakar menerangi umat Islam yang tidak membayar zakat selepas kemangkatan Baginda Nabi Muhammad SAW.
8- Masjid bayan baru perlu diktakbir oleh mereka yang berhati Baik ,Ikhlas , beriman , bertaqwa ,berpengetahuan Agama , Kasih Sayang.
9- Banyak aduan mengenai urustadbir Masjid yang tidak menepati peraturan dan undang-undang pentadbiran Masjid.
Senator Dewan Rakyat Sdr Mustafa Kamal serta Ahli MPP PKR Sdr Badrul Hisham ( Chegu Bard ) turut hadir untuk memberi sokongan kepada Tn Hj Rashid.
1 ulasan:
Selalu nya orang yg hingak pasai majlis di masjid atau apa masjid buat ialah orang yg tak mai masjid, itulah pengalaman saya yg sedikit pasai tadbir masjid ni.
Catat Ulasan