Isnin, 12 Julai 2010

Boikot semua media pro BN - Datuk Nik Abdul Aziz

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) memboikot semua media pro-Barisan Nasional (BN) jika permit untuk akhbar pro-Pakatan tidak diperbaharui.

“Saya harap permit Harakah dan Suara Keadilan diperbaharui. Jika kedua-dua akhbar yang menjadi suara rasmi Pakatan ini tidak diperbaharui, saya cadangkan arahan rasmi dikeluarkan kepada pemimpin dan penyokong Pakatan agar mula memboikot media pro BN,” katanya melalui laman komuniti Facebook, semalam.

Beliau mengulas mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang sehingga kini tidak menyambung permit Harakah dan Suara Keadilan yang telah tamat tempoh.

Turut tamat tempoh adalah permit akhbar Rocket versi Bahasa Inggeris yang dimiliki DAP.

Permit akhbar Harakah tamat pada 7 Julai lalu dan pada 5 Julai, Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya, dipanggil bertemu lapan pegawai KDN di Putrajaya.

Pada 8 Julai, KDN menghantar surat tunjuk sebab kepada Harakah kenapa tindakan tidak boleh dikenakan ke atas akhbar itu.

Pada 9 Julai, Taufek sendiri ke pejabat KDN di Putrajaya menghantar jawapan Harakah ke atas surat tunjuk sebab itu. Ia dijawab sendiri oleh Pengarah Urusan Harakah, yang juga AJK Pas Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...