Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia
anak muda..!!! korang kini dah boleh mula..!!! disini ia akan memandu korang..!!! jgn takut sbb ini tempat anak muda yg brani..!!! disini tempat anak muda yg kuat prinsipnye..!!! pendaftaran akan dibuka..!!! SELAMAT DATANG..!!

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1433 Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini......

Cara buat duit dengan mudah.....

Cara buat duit dengan mudah.....
sila klik gambar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Isnin, 12 Julai 2010

PAS jadi orang tengah di Pokok Asam

JELUTONG, 12 Julai: PAS telah menjadi orang tengah antara pemaju, kerajaan negeri serta penduduk Kampung Pokok Asam, di sini apabila berjaya mendesak pihak pemaju menghentikan sementara kerja-kerja perobohan rumah penduduk selama tiga bulan untuk memberikan ruang perundingan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar)berkata, PAS sangat prihatin dan yakin masalah yang tiba-tiba menjadi panas hasil mainan Umno dan Barisan Nasional (BN) boleh diselesaikan jika pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk badan bukan kerajaan (NGO) duduk diam.

Ini kerana, katanya mereka bukan boleh menyelesaikan sebaliknya menyerahkan kepada PAS yang akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Konuniti (JKKK), kariah Masjid Jamek Jelutong serta Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"Bila kita berjaya mendesak pemaju menghentikan sementara projek selama tiga bulan itu menandakan satu kejayaan yang tidak pernah berlaku walaupun oleh Umno semasa berkuasa dulu," jelasnya ketika menghubungi Harakahdaily pagi tadi.

Beliau yang gembira dengan perkembangan berkenaan berkata, jika hendak mengharapkan Umno, keadaan bertambah berserabut ekoran parti itu sendiri berada dalam keadaan cemas di mana 13 cawangan di bahagian ini sudah ‘angkat bungkus’.

“Di mana lagi peranan Umno ketika ini melainkan mewujudkan provokasi menuduh PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli MPPP sanggup menjadi pengkhianat menghalau penduduk Melayu dari bandar terutamanya isu Kampung Pokok Asam,” ujarnya.

Justeru itu, beliau berharap penduduk kampung berkenaan jangan tertipu dengan taktik Umno.

“Berilah sokongan pada PAS, kariah dan Ahli MPPP untuk mencari titik pertemuan bagaimana untuk membantu penduduk sekiranya pemaju menggunakan haknya ekoran tanah tersebut milik swasta.

“Umno sudah tidak relevan lagi,” katanya.

Mujahid juga meminta pihak pemaju menyediakan tempat kepada penduduk yang terlibat bagi menghindarkan tanggapan kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat bertindak menghalau orang Melayu dari mendiami kawasan bandar.

Beliau sedar itulah yang sedang rancak dicanang oleh Umno di negeri ini kononnya PAS, PKR dan Ahli Majlis MPPP sedang berusaha turun ke kampung-kampung mendesak penduduk menjual tanah kepada pemaju.

"PAS bukan pengkhianat sanggup menggadai maruah seumpama itu. Lainlah Umno, tindakan begitu dianggap kebiasaan semasa kuasa berada di tangan mereka," tegasnya.


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan: