Kenyataan Akhbar 5 September 2010
Kami , calon-calon Parti Keadilan Cabang Bayan Baru, telah bersatu untuk membentuk pasukan yang bernama “Team Reformist Bayan Baru” untuk menawarkan diri kepada semua ahli-ahli Cabang Bayan Baru dalam pemilihan 2010.
Kami sekalian terdiri daripada anggota parti lama, anggota parti baru, grassroot leaders dan professional telah bergabung tenaga untuk membentuk satu pasukan yang berkaliber. Pasukan ini dipimpin oleh pemimpin muda YB Sim Tze Tzin dengan Hj Rashid & Sdr Zainuddin (anggota sejak 1999). Kami percaya dengan gabungan yang kukuh ini, dapat kami menerajui cabang dengan idea baru dan pengalaman yang cukup.
Manifesto kami adalah amat komprehensif. Kami janji 3 perkara:
- Memantapkan gerakerja cabang dengan satu pasukan yang mantap.
Pasukan ini terdiri dari berbilang bangsa dan agama, pelbagai latar belakang, grassroot dan professional, muda dan berpengalaman. Pasukan ini akan memberi keyakinan bahawa Cabang KeADILan Cabang Bayan Baru dapat menuju Putrajaya bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kami juga akan memberi peluang yang lebih besar kepada orang muda.
- Berjuang mengekalkan 1 kerusi Parliament dan 3 kerusi DUN
Cabang Bayan Baru adalah unik dan penting kerana Cabang Bayan Baru mempunyai rekod sempurna dan menyumbangkan kepada Parti KeADILan pusat 1 kerusi parlimen dan 3 DUN. Hanya Satu-satu di Malaysia. Maka adalah penting untuk mengekalkan kemenangan ini. Kami “Team Reformist” Bayan Baru akan berjuang berhabis-habisan untuk mengekalkan kemenangan ini.
- Berjuang untuk isu Pekerja dan Pekerja Wanita
Cabang Bayan Baru terletak di kawasan nadi perindustrian Malaysia. Pelbagai masalah dihadapi oleh pekerja. Kami janji akan transformasi Cabang ke arah memperjuangkan isu hak pekerja dan juga isu pekerja wanita. Cabang bukan lagi mesin pilihanraya tetapi juga akan menerajui isu nasional. Inilah Cabang pertama di Malaysia yang melaungkan perjuangan isu Nasional/Pekerja. Kami janji Agenda Mesyuarat Cabang akan bincang isu permasalahan pekerja. Kami akan menubuhkan klinik khidmat pekerja untuk menangani masalah-masalah mereka.
Parti KeADILan sedang menuju ke Putrajaya, kita tidak boleh dipecahkan oleh golongan tertentu yang bermotifkan opportunis. Kami menyeru semua anggota Cabang Bayan Baru jangan memandang ringan dengan cabaran-cabaran dihadapi oleh Cabang. Kami menyeru semua anggota Cabang Bayan Baru menyertai kami bersama-sama pada hari yang bersejarah 25hb Sept 2010 dan mengundi kepada “Team Reformist Bayan Baru”. Tempat Mengundi di Dewan Silver Jubli, masa dari 9pagi sampai 4 petang.
Anggota ahli boleh semak keahlian pada 019-4432088.
Senarai Calon Pasukan Reformis Cabang Bayan Baru:
Ketua Cabang: YB Sim Tze Tzin ( ADUN PANTAI JERJAK )
Timbalan Ketua Cabang: Hj Mohd Rashid Hasnon ( Ketua Penerangan Cabang & Pengerusi JKKK )
(ahli sejak 1999, Naib Ketua Cabang 1999-2003, Bendahari Negeri PKR 1999-2003, Ketua Penerangan Negeri 2003-2005, Mantan YDP JIM Pulau Pinang, CEO Data Ulung Sdn Bhd)
Naib Ketua Cabang: Zainuddin Hanif ( SUK Cabang Bayan Baru & Pengerusi JKKK SG.ARA)
(ahli sejak 1999, Naib Ketua Cabang Balik Pulau 2003-2004, mantan calon PKR DUN Pulau Betong 2004, Pengerusi Qaryah Masjid Sungai Ara, Iman masjid Sg Ara, Ahli Majlis MAIPP, Pengerusi Tetap JIM Daerah Barat Daya)
CALON AHLI JAWATANKUASA:
- Dr. Zasmani Shafee
(Assoc. Professor and Consultant psychiatrist , Gleneagles Medical Centre Penang)
- Cik Ramlah Bee Binti Asiahoo
(ahli sejak 2004, Setiausaha Wanita Negeri PKR PP, Ajk Cabang Bayan Baru 2008-sekarang , Ahli Majlis MPPP, AJK Wanita MAIPP)
- Tan Ewe Keat
( ahli sejak 1999, AJK Cabang 2003- sekarang, )
- John Ooh Sin Wah
( Pegawai TKM 1, ahli sejak 2007, AJK Cabang)
- Anthony Kang
( Community Leader Bayan Baru)
- Samsuddin Abdul Rahman
( JKKK MK 13)
- Pn Saloma Bt Yahaya
( ahli sejak 1999, Bendahari Wanita Cabang Bayan Baru, wanita JIM Barat Daya)
- Hj Mohd Razali bin Abdullah (bekas ahli majlis MPPP)
- Subramaniam A/L Semhasalam ( community leader Bukit Gedung)
- Victor Seow Koo Tatt ( SUK pejabat ADUN Pantai Jerjak, ahli 2008, )
- Victor Seow Koo Tatt ( SUK pejabat ADUN Pantai Jerjak, ahli 2008, )
Calon Ketua AMK:
- Azrizal Tahir
(ahli sejak 1999, Setiausaha AMK Balik Pulau(2001-2004), Pegawai Pej.Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pulau Pinang , Ketua AMK Cabang Bayan Baru(2005-2010), Naib Ketua AMK Negeri, Pengerusi Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang (2007-2010) )
Calon Ketua Wanita:Pn Latifah Husainsa ( KW Cabang Bayan Baru, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan