Khamis, 21 Oktober 2010
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru mengutuk tindakan bacul penghantar memorandum "Taubat"
Kenyataan Akhbar Untuk Edaran Semua...
Merujuk kepada penyerahan memorandum "TAUBAT" oleh Nur Ilmi Ismail di ibupejabat Parti Keadilan Rakyat di Tropicana Petaling Jaya pada 17 hb Oct 2010
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru beranggapan penghantar memorandum tersebut merupakan satu usaha jahat dari pihak berkepentingan untuk mendapat liputan media secara percuma dan cuba memberi gambaran buruk kepada Parti Keadilan Rakyat serta ketua Umum Parti Keadilan Rakyat , Dato Seri Anwar Ibrahim.
Semua maklum akan usaha jahat yang telah bertahun dilakukan untuk memberi imej negatif kepada Parti Keadilan Rakyat dan pimpinannya. Pendedahan yang kononnya dibuat hanya berdasarkan dakwaan yang masih belum terbukti kebenarannya.
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan bacul dan biadap tersebut. Daripada senarai mereka yang bertandatangan di lampiran memorandum tersebut kononnya terdapat 26 orang ahli dari Bayan Baru. Setelah siasatan dijalankan hanya terdapat 8 orang sahaja ahli Parti Keadilan Rakyat dari Cabang Bayan Baru. 4 orang terdiri dari Ismail Mohd Ali iaitu Pembantu Khas Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru , 3 lagi merupakan ahli keluarga beliau yang mana salah seorang merupakan Nor Ilmi Ismail. Mereka telah mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat pada April 2010. Manakala daripada 4 orang ahli yang dinamakan dalam senarai tersebyt 2daripadanya telah berjaya di hubungi dan menafikan yang mereka menurunkan tandatangan pada memorandum tersebut.
Laporan polis hari ini telah dilakukan oleh 2 orang ahli yang menafikan mereka menurunkan tandatangan pada memorandum tersebut, Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru mendesak siasatan segera dijalankan dan mahu tindakan tegas diambil kepada mereka yang bertangungjawab.
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru dengan tegas menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Parti dan kepada Dato Seri Wan Azizah bt Hj Wan Ismail , Presiden Parti Keadilan Rakyat
Ahmad Azrizal Tahir
Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru
21 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Luka Rakyat
Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...
-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya. Ini selaras deng...
-
Harapkan pingat tak dapat Harapkan projek tak dapat Semua tak dapat takpa ...tak kisah... Tapi kawan2 semua yang ada cuma minta satu saja...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan