Jumaat, 15 Oktober 2010

Ansari akan bertanding Naib Presiden


Mahu Rapatkan Hubungan Sabah, Sarawak, Semenanjung


SHAH ALAM 14 Okt - Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Pusat Ansari Abdullah, mengesahkan beliau akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti November depan.

Beliau yang juga Ketua Cabang Tuaran merupakan antara aktivis terawal KEADILAN dan pernah menyandang jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah selama satu penggal.

Sebelum itu Ansar juga aktif sebagai seperti Penasihat Undang-undang Parti Keadilan Nasional Sabah (sebelum pengabungan) serta Timbalan Pengerusi KEADILAN Sabah selama dua penggal.

Beliau yang juga seorang peguambela dan peguamcara yang terkenal dan disegani di Sabah mula berkecimpung dalam dunia politik sedari era negeri itu ditadbir oleh kerajaan USNO di bawah Tun Datu Mustapha Datu Harun lagi.

Dalam sidang media yang diadakan di Kota Kinabalu Isnin lalu, Ansari menjelaskan tujuan beliau menawarkan diri bagi jawatan Naib Presiden adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara pimpinan Sabah dan Sarawak dengan pimpinan tertinggi pusat dalam usaha untuk memecahkan teori 'fix deposit' Umno-Barisan Nasional.

"Saya telah diminta oleh majoriti Cabang di Sabah dan juga beberapa cabang sahabat di Semenanjung yang ingin melihat saya memainkan peranan yang lebih aktif dalam misi memperjuangkan hak-hak warga Sabah dan Sarawak dalam konteks federalisme.

"InsyaAllah saya akan berusaha keras untuk merapatkan jurang persahabatan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, memperkasakan reformasi, memperjuangkan tanah adat Orang Asal dan juga memberi perhatian kepada pelbagai isu yang dihadapi rakyat kedua-dua negeri ini," kata Ansari.

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...