Isnin, 18 Oktober 2010

Chegu Bard Penerus Kebangkitan REVOLUSI !!!!!




Baru sahaja meneliti pandangan Blogger di luar PKR seperti Penarek Beca a.k.a Pak Bakar memberikan sedikit komentar tentang Chegu Bard katanya Kata nya dia tak kenal siapa Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard.

Pak Bakar pun tak berani nak kempen untuk dia(Chegu Bard). Namun, yang Pak Bakar tertarik ialah apabila beliau(Chegu Bard) menekankan dalam Sidang media bahawa "Saya tidak ditaja atau dibayangi oleh sesiapa kerana saya berpegang kepada kebebasan dan ketelusan yang dilakukan oleh parti. Saya adalah calon yang bebas dari tajaan mana-mana pihak"

Berdiri di atas Suara Revolusi Anak Muda Chegu Bard adalah pembawa Suara Revolusi Anak Muda di jalan - jalan raya.Ada suara tengkorak sumbang yang mengatakan Chegu Bard harus kekal di jalan - jalan raya.Sedangkan mangkuk ayun ni lupa Gerakan Reformasi ini juga bermula di jalan raya, begitu juga UMNO kalau tak percaya cuba "try" tanya Encik Google.


Selama 10 tahun Gerakan Reformasi berjuang di jalan - jalan raya akhirnya berjaya menawan beberapa buah negeri dalam pilihanraya umum yang lalu.Lalu PKR yang sinonim dengan Gerakan Anak Muda di jalan - jalan raya kini di lingkari oleh puak - puak kapitalis dan opportunis dan akhirnya mereka memandang hina pada pejuang - pejuang "pilihan Jalan raya".

Begitu jua sejarah membangkitkan akan Revolusi Bolsheviks di Russia yang menumbangkan Kekuatan Maharaja Tsar Nicholas II sehingga terbina Republik Sosialis Soviet yang amat di geruni di seluruh dunia.Seluruh kekuatan anak muda di gembleng untuk menyedarkan kaum buruh dan petani dalam menumbang Maharaja Tsar.





Akhirnya Anak - anak muda berjaya membawa golongan pekerja biasa, petani dan askar di Rusia mengambil alih pemerintahan di Rusia dan mengusir kerajaan Kerensky dan Maharaja Tsar yang pro-kapitalis dengan perjuangan berhari - hari mengepung Bandar Moscow.

Manakala Pada 23 Februari 1917, satu demonstrasi tercetus di ibu kota Petrograd yang dilakukan oleh penduduk yang beratur untuk makanan. Tindakan mereka ini diikuti oleh beribu-ribu pekerja wanita di kilang tekstil yang keluar dari kilang mereka sebagai memperingati Hari Wanita Antarabangsa tetapi sebenarnya mahu memprotes kekurangan bekalan roti. Mereka memanggil pekerja-pekerja lain untuk bersama mereka. Gerombolan wanita dan lelaki ini menuju ke jalan-jalan dan berteriak "Roti" dan "Beri kami roti!". Dua hari selepasnya, mogok ini merebak ke kilang-kilang dan kedai-kedai di seluruh negara.

Sabit Mewakili golongan petani dan Ketuk Besi Mewakili Golongan Buruh Kasar

Pada 25 Februari, hampir semua industri dan perniagaan di Petrograd terpaksa ditutup. Pelajar, pekerja kolar putih dan guru juga menuju ke jalan-jalan dan perjumpaan awam untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka. Ahli-ahli politik sedar akan masalah yang bakal menimpa. Mereka mengutuk kerajaan dan menuntut menteri bertanggungjawab. Duma, yang dianggotai golongan bangsawan, meminta Maharaja Tsar melepaskan kuasa .

Begitu lah sebuah kerajaan yang zalim di tumbangkan oleh Kuasa Anak - anak Muda di jalan - jalan raya.

Revolusi Islam Iran

Shah Mohammad Reza Pahlavi

Terdapat beberapa peristiwa pada tahun 1970-an yang menyebabkan tercetusnya revolusi. Antaranya ialah layanan mewah kerajaan kepada rakyat asing sedangkan ramai rakyat tempatan hidup melarat, kadar inflasi yang melonjak tinggi diikuti dengan jurang antara kaya dan miskin yang semakin besar, sikap sekularisme Shah Mohammad Reza dan juga dakwaan bahawa SAVAK merupakan punca kematian pemimpin Islam yang berfikiran moden, Ali Shariati dan juga penglibatan SAVAK dalam kematian putra Khomeini, Mostafa (di Tehran).

Pada Oktober 1971, terdapat sebuah sambutan untuk ke 2500 bagi meraikan pengasasan negara Parsi. Sambutan ini diadakan selama tiga hari di Persepolis dan tetamu-tetamunya hanyalah warga-warga asing. Ini merupakan sebuah pesta yang menelan belanja yang tinggi (dianggarkan menelan belanja sekurang-kurangnya $100 juta) Hidangan untuk pesta itu pula disediakan oleh tukang masak yang dibawa dari Paris. Pada masa yang sama, kawasan sekitar Persepolis iaitu wilayah Sistan dan Baluchestan mengalami kemarau yang teruk dan ramai penduduk di kawasan itu dan Iran umumnya hidup kelaparan.

Pada lewat 1974, berlaku peningkatan harga minyak di pasaran dunia. Namun begitu, kesannya kepada Iran adalah sebaliknya. Tahap inflasi melonjak naik dan jurang antara yang kaya dan miskin dan juga antara penduduk bandar dan luar bandar semakin besar. Lebih memburukkan keadaan, kerajaan Iran menghabiskan ratusan juta bagi membiayai pekerja-pekerja pakar asing dan juga membeli pelengkapan tentera daripada Amerika yang ternyata tidak berguna ketika itu dan ia satu pembaziran.

Pada tahun 1976, jentera kerajaan Shah menaikkan kemarahan penduduk Islam Iran kerana mengubah kalender Iran daripada kalender Hijrah kepada kalender solar Iran yang pernah digunakan ketika zaman Cyrus Agung. Pada tahun yang sama, Shah mengumumkan rancangan penjimatan ekonomi yang bertujuan untuk mengurangkan tahap inflasi. Kesannya, ramai rakyat Iran yang hilang pekerjaan dan ramai yang jatuh miskin dan bermigrasi ke kota besar meningkat.

Jimmy Carter, presiden Amerika pada tahun 1977 mengutuskan sebuah peringatan kepada Shah Mohammad mengenai betapa mustahaknya hak kebebasan dan kebebasan berpolitik. Shah kemudiannya membalas peringatan ini dengan mengampuni 357 tahanan politik pada bulan Februari tahun yang sama. Beliau juga turut membenarkanPersatuan Palang Merah untuk melawat penjara tahanan politik. Ini merupakan permulaan liberalisasi oleh Shah. Pihak liberal kemudiannya mengeluarkan seutus surat mengecam rejim beliau.

Tahun yang sama juga turut menyaksikan kematian seorang ahli politik yang penting iaitu Ali Shariati. Beliau adalah seorang pemimpin Islam moden dan kematian beliau didakwa didalangi SAVAK. Pada Oktober pula, putra Khomeini, Mostafa meninggal dunia. Walaupun punca kematian adalah serangan sakit jantung, tetapi terdapat desas desus mengatakan kematian beliau juga merupakan antara rancangan SAVAK

1978: Tercetusnya Revolusi

Bangkangan terhadap pemerintahan Shah dimulai dengan kumpulan-kumpulan liberal daripada kelas pertengahan dan berpusat di kawasan-kawasan bandar. Golongan ini lebih sekular dan mempraktikan Islam secara sederhana. Namun begitu tujuan protes mereka hanyalah supaya kerajaan Shah Mohammad berpegang kepada Perlembagaan Iran 1906, dan bukannya kepada undang-undang Sharia. Mehdi Bazargan adalah antara pemimpin yang paling aktif dalam bangkangan ini. Beliau memimpin Gerakan Iran Merdeka yang berkait rapat dengan bekas perdana menteri Iran,Mohammed Mossadegh. Gerakan ini mendapat sokongan padu dari dalam dan luar Iran.

Ulama-ulama Iran pula terbahagi kepada dua kumpulan iaitu ulama-ulama yang menyokong kumpulan sekular liberal dan kumpulan kedua menyokong gerakan komunis Marxists. Khomeini pula yang ketika itu sedang didalam buangan berkerja keras untuk menyatukan golongan ulama, golongan sekular, liberal dan pembangkang dan meletakkan mereka semua dibawah pimpinan beliau.

Januari 1978: Demonstrasi Pertama

Demonstrasi pertama menentang Shah dimulakan dengan kumpulan mahasiswa Islam dan Anak - Muda pada Januari 1978. Kerajaan Shah mengutuskan pihak tentera untuk menguraikan demonstrasi dan keputusan ini menyebabkan begitu ramai mahasiswa dan Anak - Anak Muda dibunuh dan Mati Bergelimpangan.

Mengikut tradisi Shia, sebuah majlis peringatan dilakukan setelah 40 hari kejadian itu berlaku dan ia dilakukan di masjid-masjid di seluruh Iran. Pada 18 Februari, beberapa demonstrasi dilakukan di seluruh Iran bagi memberi penghormatan kepada korban mahasiswa-mahasiswa itu dan juga untuk memprotes kekejaman Shah. Akhirnya, pergeseran tercetus di Tabriz dan ratusan penunjuk perasaan terbunuh. Perkara yang sama turut terjadi pada 29 Mac dan kali ini di seluruh Iran. Kebanyakan bangunan-bangunan dan pejabat-pejabat milik rejim Shah dirobohkan dan dimusnahkan, dan sekali lagi, ratusan nyawa terkorban.

Mei 1978: Ayatollah Shariatmadari Menyertai Kumpulan Pembangkang

Pada bulan Mei, beberapa pegawai kerajaan menceroboh masuk rumah Ayatollah Kazem Shariatmadari, salah seorang ulama Iran yang cukup berpengaruh. Pegawai kerajaan itu menembak mati salah seorang daripada pengikut Ayatollah Shariatmadari. Sebagai tindak balas, beliau menyertai barisan pembangkang menentang Shah.

Dalam masa yang sama, Shah Mohammad cuba menenangkan kumpulan pembangkang dengan merendahkan kadar inflasi, memohon maaf kepada para ulama dan memecat ketua SAVAK juga menjanjikan pilihan raya umum bebas pada bulan Jun. Tetapi rancangan inflasi yang mengurangkan belanja kerajaan menyebabkan ramai perkerja-pekerja awam terutamanya daripada golongan muda dan kurang mahir dipecat. Pada musim panas 1978, warga buruh ini berarak di jalanan memprotes polisi ini. Pada bulan November berikutnya, pekerja-pekerja lain pula melancarkan mogok dan ini menyebabkan ekonomi iran ketika itu lumpuh.

Shah Meminta Bantuan Amerika

Shah Mohammad Reza Pahlavi kini berhadapan dengan situasi revolusi. Lantas, beliau meminta bantuan daripadaAmerika untuk menyokong beliau. Amerika pula ketika ini memerlukan Iran kerana ia terletak di Teluk Parsi dan kaya dengan sumber minyak. Malahan, Iran bersempadan dengan Kesatuan Soviet menjadikannya sebuah lokasi yang strategik bagi Amerika kerana ia dapat menolong Amerika dalam Perang Dingin. Namun begitu, imej Shah Iran telah tercemar dengan polisi kerajaan beliau yang mencabuli hak asasi manusia. Duta Amerika ke Iran, William H. Sullivan, menyatakan bahawa Penasihat Keselamatan Amerika, Zbigniew Brzezinski "telah berulang kali menyakinkan Shah Mohammad Reza yang Amerika akan membantu beliau". Presiden Amerika ketika itu,

Jimmy Carter didakwa telah gagal mengotakan janji Amerika ini. Pada masa yang sama, beberapa pegawai tinggi Amerika menyuarakan cadangan bahawa kepimpinan Iran haruslah digantikan bagi meredakan revolusi dan Shah Mohammad Reza haruslah turun takhtah. Tetapi rencana ini terbantut setelah Ayatollah Khomeini mengambil alih kuasa memerintah Iran.

Ogos 1978: Serangan Pembakaran Abadan

Ketika keadaan Iran di dalam kekabutan, sebuah panggung wayang di Abadan, Panggung Wayang Cinema Rex Fire, dibakar menyebabkan 400 nyawa terkorban. Para revolusi menyalahkan SAVAK dan mendakwa badan itu bertanggungjawab terhadap kejadian ini. Mereka mendakwa kebakaran ini sengaja dilakukan untuk menjerat kumpulan revolusi Islam.Keesokannya, seramai 10,000 saudara mara mangsa korban berkumpul di majlis pengebumian sambil melaungkan bantahan mereka terhadap Shah Mohammad.

September 1978: Jumaat Hitam (Black Friday)

Pada bulan September, seluruh negara kini mengalami ketidakstabilan. Protes terhadap Shah menjadi rutin setiap hari. Shah Mohammad pula menguatkuasakan pemerintahan tentera dan melarang semua demonstrasi.

Pada hari Jumaat 8 September, sebuah rusuhan tercetus di Tehran. Kumpulan ulama mendakwa bahawa "ribuan nyawa dibunuh oleh kumpulan zionis". Kumpulan tersebut sebenarnya adalah etnik Kurdi dan jumlah korban pula adalah sekitar 700 nyawa.Sebuah mogok umum dilaksanakan pada bulan Oktober yang terus melumpuhkan ekonomi Iran dan menyebabkan banyak industri utama terpaksa diberhentikan. Pada tahap ini, "takdir Shah Mohammad Reza telah pun ditentukan"

Disember 1978: Protes Muharram

Protes Muharram 1978 terjadi pada bulan Disember tahun yang sama. Pada 2 Disember, seramai dua juta rakyat Iran memenuhi jalan-jalan di Tehran, sekitar Dataran Azadi. Protes adalah untuk mendesak Shah Mohammad turun takhta dan membenarkan Khomeini kembali semula ke Iran.

1979: Shah Melarikan Diri Dan Kejayaan Revolusi

Pada 16 Januari, 1979, Shah Mohammad dan permaisuri beliau meninggalkan Iran atas nasihat perdana menteri beliau, Dr. Shapour Bakhtiar dan beberapa jam kemudian, semua simbol Shah Mohammad dirobohkan oleh penduduk awam. Dr. Shapour kemudiannya membubarkan SAVAK, membebaskan tahanan politik, menjanjikan pilihan raya umum bebas dan membenarkan demonstrasi awam semula.Beberapa hari selepas itu, beliau membenarkan Ayatollah untuk pulang ke Iran. Beliau turut meminta agar kumpulan revolusi lain untuk memelihara semula perlembagaan Iran.

Oleh itu siapakah yang akan meneruskan kesemua gerakan Revolusi ini kalau bukan Chegu Bard! Chegu Bard telah mencetuskan semua Semangat ini di negara kita sedang golongan - golongan Elit di dalam PKR sedang duduk bersenang lenang.Andai PKR ini tewas suatu hari nanti gurkah - gurkah politik ini akan lari meninggalkan perjuangan ini dan Menyertai United Malays National Organisation.

Tetapi yang cuma tegas dan Cekal Berdiri hanya lah Chegu Bard, Dia percaya pada Kepada Fikrah Revolusi ilan Jalan Raya berbanding Pilihan Raya kerana sejarah telah membuktikan hanya ini sahaja cara untuk menumbangkan kerajaan yang zalim.

Masih ingat lagi!!!!!!

LA JEUNESSE DAN LA RUE – ANAK MUDA NAK MUDA DI JALAN RAYA

Sekali lagi Peranchis dilanggar oleh kekuatan anak anak muda. Kali akhir tahun Mei 1968 dahulu. Mei 68 di panggil - revolusi yang hampir – the almost revolution. Ketika itu berjuta anak muda, mahasiswa , kaum buruh, kaum proletar bangun memberontak di seluruh Peranchis.

Kerajaan de Gaulle hampir runtuh. Nixon di Amerika. Mao di Tiongkok. Perang Dingin turun ke jalan raya.

Kali ini (2010 )sejarah berulang lagi. Kerajaan kanan Sarkozy atau nama Jahanamnya Sarko sedang di dobrak di jalan-jalan raya di seluruh kota kota besar Peranchis.

Sarko dilawan kerana memperkenal agenda anti kaum buruh, anti golongan kiri, anti kaum imigran dan anti anak muda.

Tarikh umur pencen di panjangkan. Kini buruh dan kaum pekerja hanya boleh pencen apabila umur mereka 62 tahun – di tambah dua tahun lagi. Ini menjadikan kaum buruh naik angin dan keluar ke jalan raya.

Semenjak menjadi Presiden – Sarko telah membuat dasar-dasar pro kapitalis,melahirkan dasar dan polisi untuk menyokong kaum pemodal dan menindas kaum buruh. Langkah-langkah yang di perkenalkan oleh EU dan Sarko semuanya tidak meringankan beban kaum pekerja.

Peranchis masih kukuh dengan tradisi kesatuan buruh kiri dan kesatuan kaum buruh komunis merasa di cabar, lalu kaum buruh turun ke jalan raya.

Apa yang berlaku di Peranchis ini akan mengombak ke Eropah. Keadaan ekonomi Eropah semakin meruncing. Greece, Iceland, Ireland pada hakikatnya telah bangkrap. Ini akan diikuti oleh Italy, Sepanyol dan Portugal.

Ekonomi EU kedua terbesar sesudah Amerika sedang menguncup. Jika Eropah tidak membeli dan memakai barangan buatan negara dunia ke tiga maka pasaran jual beli dunia akan merundum.

Malaysia adalah rakan niaga EU yang penting.

Justeru krisis ekonomi Erolah ini akan datang melanda kita.

Anak muda dan kaum buruh di Malaysia juga tidak ada pilihan melainkan turun ke jalan raya.

OLEH ITU MARI KITA BERSAMA - SAMA MELETAKKAN CHEGU BARD DI DEPAN DENGAN MENGUNDI NYA SEBAGAI KETUA ANAK MUDA YANG BARU SEBAGAI USAHA DALAM MENGGERAKKAN SATU REVOLUSI DI TENGAH - TENGAH ASIA TENGGARA INI'.


PASTIKAN UNDI CHEGU BARD!


pejuang demokrasi

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...