Isnin, 18 Oktober 2010

Shamsul Iskandar tak reti beza apa maksud ‘T junction’ dan ‘U turn’



"Ini bukan ‘U turn’ tetapi sampai ke ‘T Junction’. Ambil ke kanan boleh, ke kiri pun boleh. Oleh itu saya memilih untuk ke kanan iaitu memilih bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) bukan ke kiri – Naib Presiden".

Demikian kata calon Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menepis laporan beberapa akhbar sebelum ini yang melabel beliau sebagai ‘Mr U turn’ apabila menukar pendirian daripada bertanding jawatan Naib Presiden kepada Ketua AMK.

"Saya tidak menyalahkan mereka (media) kerana pada saya itu tafsiran. Ketika saya mengumumkan kira-kira sebulan lalu untuk meminta rakan-rakan memberikan pencalonan bagi jawatan Naib Presiden, itu dibuat dengan hati yang cukup jelas.

"Memang kita tawar diri untuk mendapat pencalonan. Tetapi itu bukan ‘U turn’ tetapi ‘T Junction", kata beliau lagi ketika berucap di hadapan penyokong-penyokongnya selepas menyerahkan borang penerimaan pencalonan Pemilihan 2010 Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Ibu Pejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya semalam.

Beliau juga memberitahu peluang kemenangan belum tentu memihak kepadanya walaupun beliau merupakan calon yang mempertahankan jawatan kerana faktor kelewatannya mengumumkan untuk bertanding merebut Ketua AMK.

‘Perlumbaan arnab dengan kura-kura’

Bagaimanapun beliau juga mengingatkan orang ramai kisah ‘perlumbaan arnab dengan kura-kura’ yang akhirnya dimenangi oleh kura-kura yang bergerak lebih perlahan berbanding arnab.

Selain itu beliau juga mahukan pertandingan ini dijalankan secara sihat dan dalam suasana kekeluargaan kerana bagi beliau, musuh sebenar adalah Umno dan Barisan Nasisonal.

Sebelum ini, Shamsul mengumumkan kesediaan beliau untuk bertanding jawatan Naib Presiden apabila menerima jumlah pencalonan tidak rasmi kedua tertinggi bagi Naib Presiden.

Namun begitu, beliau menukar pendirian di saat-saat akhir bagi mempertahankan jawatan Ketua AMK

ulasan anak sungai derhaka ;-.
Apa punya alasan entahlah..

Secara mudahnya begini, kita sedang memandu sebuah kereta keluar dari rumah, dan kita sampai ke sebuah persimpangan lalu kita berhenti untuk membelok menghala ke destinasi samada kiri atau kanan, katakan kita memberi signal untuk kekanan dengan itu kereta yang berada dibelakang kita yang akan kekanan juga akan mengekori seperti biasa.

Tetapi apa yang akan berlaku jika kita memberikan signal untuk kekanan tetapi kita membuat ‘U’ Turn dipersimpangan itu? Dipersimpangan yang hanya membenarkan kita ke kiri atau ke kanan.. Kemungkinan kita dilanggar dari belakang adalah tinggi..

Faham tak? Kalau tak faham begini sajalah..

Pada 16 Sept yang lalu Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini mengesahkan bahawa beliau akan bertanding bagi jawatan naib presiden parti itu.Pengesahan itu sekaligus menamatkan desas-desus yang tersebar beberapa hari lalu berhubung beliau akan melepaskan jawatan ketua AMK yang disandang kini.


Shamsul berkata, keputusan itu dibuat beliau kerana menyedari generasi muda harus memainkan peranan yang lebih besar dalam parti dan mempertimbang gesaan generasi muda parti agar idealisme anak muda diangkat dengan lebih berkesan.

Sebahagian dari berita itu telah menceritakan kepada kita ataupun bolehlah ditafsirkan sebagai Samsul Iskandar akan melepaskan jawatan ketua AMK yang disandangnya dan beliau akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden pula.

Tidakkah itu umpama memberikan signal kepada kita kemana akan dituju beliau?

Malangnya beliau membuat ‘U Turn’.. aku dengar ada tangan ghaib yang memulas steering kereta dia.. betul ka?

Kalau tiada… rupa-rupanya selama ini Sam sendiri tidak tahu kemanakah arah yang hendak ditujunya.. samada mempertahankan Ketua AMK ataupun bertanding sebagai Naib Presiden.. tak ada pendirian rupanya dia…

bagi aku senang saja... Sam kena masuk kelas memandu .... belajar dahulu apa maksud ' T Junction ’ dan apa maksud ' U - turn ' lepas dah lulus baru masuk politik

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...