Jumaat, 15 Oktober 2010

Pemilihah Ketua AMK : Sam membuat pusingan ‘U’


KUALA LUMPUR, 15 Okt — Pemilihan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) hampir pasti akan menyaksikan saingan tiga penjuru dengan penyandangnya Shamsul Iskandar Mohd Akin dilihat akan mempertahankan kedudukan beliau.

The Malaysian Insider difahamkan Shamsul Iskandar telah mengambil keputusan akhir mahu mempertahankan jawatan semasa beliau dan ia akan diumumkan secara rasmi esok.

Difahamkan, beliau membuat keputusan itu dua minggu lalu dan akan membuat pengumuman final ketika menerima pencalonan secara rasmi esok.

Ketika dihubungi hari ini, Shamsul Iskandar berkata, “tunggu dulu, saya akan membuat keputusan apabila tiba masa yang sesuai.”

“Ada orang mengatakan saya telah membuat pusingan ‘U’... tetapi saya hendak jelaskan, apa yang saya sebutkan sebelum ini, cuma menawarkan diri untuk bertanding kerusi naib presiden.

“Sejak itu saya mendapat sokongan (pencalonan) yang baik, begitu juga agar saya bertanding mempertahankan jawatan saya di peringkat AMK. Pencalonan sungguh positif bagi kedua-dua jawatan.

“Bagi jawatan ketua AMK, saya juga menerima sokongan pencalonan baik... jadi, saya masih mempertimbangkan dengan mendalam, dan akan membuat keputusan terakhir apabila tiba masanya,” kata beliau.

Dalam pada itu, Rafizi Ramli juga mengesahkan yang beliau bertanding jawatan ketua AMK.

“Ya, ya saya bertandng... pendirian saya yang diumumkan lebih sebulan yang lalu masih kekal dan tidak berubah,” kata ketua PKR Kemaman.

“Saya tidak melihat kami ada mengalami perubahan, tiada yang berubah... semua sama.

Yang berubah cuma seorang sahaja, seorang calon kerusi Exco memutuskan untuk menyertai pasukan lain iaitu ADUN Teja, yang menyertai kumpulan Chegubard, yang lain semua sama,” katanya lagi.

Kelmarin, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin secara rasmi mengumumkan bertanding jawatan ketua AMK dengan gandingan ADUN Teja Chang Lih Kang sebagai calon timbalan ketua.

Semua mereka yang dicalonkan perlu memaklumkan penerimaan pencalonan mereka esok di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Sesi itu akan berlangsung mulai pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Mengenai peluang ekoran persaingan tiga penjuru, Rafizi berkata, mengambil kira sistem pemilihan langsung beliau yakin mempunyai peluang yang seimbang meskipun Shamsul Iskandar dan Badrul Hisham sudah terkenal di kalangan ahli-ahli parti.

“Memandangkan sokongan yang diperlihatkan oleh ahli-ahli parti terhadap gagasan pertandingan saya dan pasukan saya cukup baik, saya terpanggil untuk meneruskan pertarungan dalam pemilihan ketua AMK.

“Kita serahkan kepada ahli memandangkan parti menjalankan pemilihan satu ahli satu undi, lebih-lebih lagi ini melibatkan persaingan dalam keluarga parti” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...