Jumaat, 15 Oktober 2010
Saya adalah calon yang bebas dari tajaan mana-mana pihak - Chegu Bard
Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Badrul Hisham Shaharin yang mengumumkan bertanding merebut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menerima baik tindakan penyandang Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang memutuskan untuk mengekalkan jawatan beliau.
"Saya raikan penyertaan Shamsul," jelas ringkas beliau ketika dihubung FMT.
"Seperti yang pihak saya ucapkan ketika sidang media sebelum ini kami menerima dan menyokong semua calon Timbalan Presiden sama ada Zaid Ibrahim, Mustafa Kamil Ayub atau pun Azmin Ali.
"Saya tidak ditaja atau dibayangi oleh sesiapa kerana saya berpegang kepada kebebasan dan ketelusan yang dilakukan oleh parti.
Saya adalah calon yang bebas dari tajaan mana-mana pihak," ujar beliau lagi.
Menurut Badrul yang lebih dikenali dengan Chegu Bard berkata AMK perlukan haluan baru dalam usaha membantu parti memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang.
Hampir 70% pengundi muda
Katanya, walaupun sekarang sebanyak 204 cabang PKR di seluruh negara tetapi hanya 163 sahaja cabang berdaftar yang mempunyai AMK.
Manakala tidak sampai 50 cabang yang berjaya membuat pencalonan lengkap ketika pemilihan pencalonan yang berakhir 3 Oktober lalu.
"Kelemahan ini perlu di atasi segera kerana dalam pilihan raya umum akan datang hampir 70 peratus pengundi merupakan pengundi muda dibawah umur 40 tahun."
"Kita tak mahu pemimpin yang terlalu banyak berpolitik sedangkan hak-hak asas untuk memperkukuhkan AMK di semua peringkat kurang di beri tumpuan," kata beliau lagi.
Dalam pada itu, Shamsul yang menerima 65 pencalonan untuk jawatan Naib Presiden dan 38 pencalonan Ketua AMK memilih untuk mempertahankan jawatan beliau walaupun sasaran beliau sebelum ini untuk jawatan Naib Presiden.
Shamsul yang sebelumnya dijangka akan mengadakan sidang media hari ini berhubung keputusan mempertahankan jawatan beliau menangguhkannya pada hari esok.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Luka Rakyat
Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...
-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya. Ini selaras deng...
-
Harapkan pingat tak dapat Harapkan projek tak dapat Semua tak dapat takpa ...tak kisah... Tapi kawan2 semua yang ada cuma minta satu saja...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan