Khamis, 7 Oktober 2010

PKR wajib menghapuskan " politik kotor " dalam parti

yb yus PETALING JAYA: Beberapa ahli parlimen PKR hari ini menyokong saranan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim supaya kemelut politik kotor dalaman PKR dihapuskan.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata, amalan politik kotor PKR perlu segera dihapuskan demi menjadikan PKR parti yang sentiasa mengamalkan pucuk pimpinan secara demokrasi.

Menurutnya, sikap agresif calon-calon PKR yang ingin berlumba merebut jawatan tertinggi menggunakan taktik kotor tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh menyebabkan perbalahan sesama sendiri.

"Saya menyarankan calon-calon yang bertanding tidak menonjolkan kegilaan kuasa tetapi mengamalkan pemikiran bahawa kemenangan atau kekalahan itu adalah satu perjuangan untuk parti sendiri.

"Jangan kita cemari pemilihan kita dengan perbalahan tidak ketahuan yang akan mencerminkan keburukkan parti kepada rakyat,"katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Baru-baru ini, Khalid berkata, amalan sebegitu bertentangan dengan semangat parti dan hanya menimbulkan kebencian rakyat terhadap parti pembangkang itu.

Ujar beliau, "saya sedih dengan taktik kotor sepanjang berkempen dan kejadian memalukan ketika pemilihan peringkat Cabang yang bercanggah dengan semangat tulen parti PKR.

"Pada pemikiran saya, pemimpin PKR mesti menjauhi tradisi lama politik kotor yang menimbulkan kebencian rakyat kepada parti lawan," katanya dalam satu kenyataan.

Yusmaidi berkata, PKR sepatutnya menunjukkan kepimpinan terbaik kepada rakyat kerana rakyat sedang memberi tumpuan serius terhadap PKR berikutan PKR adalah parti yang mempunyai masa depan untuk memajukan negara nanti.

"Perbalahan kecil sesama sendiri di dalam parti wajar diselesaikan secara tertutup tanpa mengaibkan mana-mana individu untuk menarik perhatian pengundi.

Yusmadi mengharapkan pemilihan pusat pada November ini, perselisihan faham yang berlaku di cabang tidak berulang.

Manakala ahli Parlimen Kuala Kedah Ahmad Kassim ketika dihubungi pula berkata, cadangan Khalid untuk menghapuskan politik dalaman PKR perlu disokong.

Ahmad berkata, walaupun wujud individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menimbulkan kekecohan semasa pemilihan, calon lain yang bertanding perlu bersikap terbuka menyelesaikan kemelut.

"Kalau calon bersikap ‘gangster’, pemilihan PKR akan terus gagal dilaksanakan dengan baik sekaligus menimbulkan tempias besar kepada parti,"katanya.

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...