Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia
anak muda..!!! korang kini dah boleh mula..!!! disini ia akan memandu korang..!!! jgn takut sbb ini tempat anak muda yg brani..!!! disini tempat anak muda yg kuat prinsipnye..!!! pendaftaran akan dibuka..!!! SELAMAT DATANG..!!

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1433 Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini......

Cara buat duit dengan mudah.....

Cara buat duit dengan mudah.....
sila klik gambar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Khamis, 7 Oktober 2010

Che’Gu Bard - Rugi jika ketepi pemimpin baru dan berkebolehan

CIKGU BARD GILA PKR rugi jika menolak orang baru yang mempunyai kewibawaan mempimpin semata-mata kerana statusnya baru menyertai parti, kata ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Badrul Hisham Shahrim.

Sebaliknya, kata beliau, belum tentu orang lama dalam parti mampu memainkan peranan dengan baik dalam parti.


"Setiap ahli parti, tidak mengira baru atau lama mempunyai hak untuk bertanding mana-mana jawatan selagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh perlembagaan parti.


"Ahli-ahli parti hendaklah memilih pemimpin berdasarkan kemampuan memainkan peranan dalam membawa agenda parti dan bukannya berdasarkan emosi orang lama atau orang baru," katanya yang dikenali dengan panggilan Chegu Bard ketika dihubungi hari ini.


Menurutnya, pemimpin yang berwibawa adalah pemimpin yang mampu memimpin semua ahli bukan terhad kepada sesuatu kaum atau kelompok tertentu sahaja tetapi semua ahli dalam PKR.


"Cabaran PKR adalah menyediakan pemimpin yang mampu memainkan peranannya sebagai pengikat dalam PR dan diterima oleh semua parti politik dan kaum dalam PR seperti mana yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Badrul Hisham juga menjelaskan, beliau tidak menyertai mana-mana kem sebaliknya lebih suka bersendirian dalam mendapatkan sokongan dari ahli.


"Bagi saya pemimpin naungan merupakan pemimpin yang lemah dan tidak berpendirian sedangkan dalam politik setiap pemimpin memerlukan idealisme dan proses kematangan yang berterusan.


‘Untuk membentuk kematangan tersebut memerlukan pengorbanan diri bukannya melalui politik naungan," jelas beliau.

2 ulasan:

azim berkata...

tapi bukan orang baru yang suka buat onar...yang lain tu ok.

Zainal Abidin Bin Abu Bakar berkata...

Salam perjuangan, yg mmbuat onar dlm parti ialah org baru & org lama, pemimpin lama & (bakal) pemimpin baru. Di situlah terletaknya kebijakkan setiap anggota parti utk menilai pemimpin yg mereka percaya mampu & berdaya mengembangkan pengaruh & ideologi parti. Saya amat bersetuju dgn pendirian yg diambil oleh CheguBard berkenaan dgn Pemimpin Naungan. Saya nak tmbh sedikit iaitu, pemimpin yg baik ialah seseorang yg menawarkan dirinya agar dipilih sebagai pemimpin tidak memerlukannya menyusun serta menghebahkan LINE-UP sekiranya beliau menang dlm pemilihan kepimpinan. Krn bagi saya, sesiapa shj yg menjadi pemimpin, beliau harus bersedia utk bekerja bersama2 dgn pemimpin bawahan yg lain samada mereka itu memihak atau menentangnya semasa kempen. Maknanya, pemimpin sebegitu ialah seseorang yg bg saya, ialah dia amat yakin dgn objektif serta halatuju perjuangannya dlm KEADILAN.
Di sini saya mengambil peluang menyatakan pendirian saya bhw saya sendiri tidak gemar & meluat kpd pemimpin & ahli parti bersifat spt Pemimpin Naungan.

Wassalam.