Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia
anak muda..!!! korang kini dah boleh mula..!!! disini ia akan memandu korang..!!! jgn takut sbb ini tempat anak muda yg brani..!!! disini tempat anak muda yg kuat prinsipnye..!!! pendaftaran akan dibuka..!!! SELAMAT DATANG..!!

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1433 Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini......

Cara buat duit dengan mudah.....

Cara buat duit dengan mudah.....
sila klik gambar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sabtu, 9 Oktober 2010

SAM tetap bertanding Naib Presiden



Sam ketika mengulangi pendirian bertanding jawatan VP (sumber gambar - Aidill SAMM)


Oleh : EDYES

Detik bermakna ini disaksikan oleh Azmin Ali, YB Zuraidah dan Datuk Chua Jui Meng, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulangi pendirian untuk meneruskan perjalanan politiknya dengan memasuki gelanggang Naib Presiden KEADILAN sebagai seorang calon heavyweight.

Shamsul Iskandar atau nama mesranya Sam, membuat pengumuman untuk kekal bertanding jawatan naib presiden tepat jam 8.45 malam tadi di dalam satu majlis jamuan hari raya di Kulai, Johor yang juga menyaksikan serbuan pihak polis merosakkan sebuah majlis jamuan raya. Syukurlah kerana tiada di antara pemimpin kita yang ditangkap malam tadi. Belum pun perhitungan Galas bermula, di Kulai ini mereka mengganas - Menggganggu majlis rumah terbuka Aidilfitri. Kita tinggalkan dulu ceritera polis yang menyibuk ini dan berbalik kepada soal pemilihan parti.

Di depan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan lebih empat ratus pengunjung, Sam melaungkan sebuah pendirian tegas untuk meneruskan karier politiknya setapak melangkah ke hadapan dengan menyertai barisan naib presiden parti, ketika ramai yang membuat spekulasi bahawa Sam akan u-turn ke jawatan Ketua AMK. Ramai yang menjangka Sam akan kembali menyertai perebutan jawatan ketua AMK kerana faktor Mustafa Kamil yang tewas di cabang dan Mus dilihat goyah untuk berhadapan dengan Azmin. Apabila Mus menarik diri dari jawatan timbalan, pastinya beliau berhasrat mempertahankan jawatan naib presiden yang disandangnya. Perkembangan ini membuatkan penyokong kuat Sam resah lalu mendesak Sam kembali ke kancah AMK untuk mengambil kesempatan round terakhir AMK sebelum dikuatkuasakan umur 35 tahun kelak.

Dengan pencalonan kedua terbanyak untuk jawatan setinggi Naib Presiden KEADILAN, Sam seharusnya tidak lagi menoleh ke belakang untuk meneruskan perjuangannya dalam kancah politik dalaman kerana jawatan naib presiden akan memberi ruang yang lebih besar untuk seorang anak muda meneruskan agendanya dalam parti. Malam ini juga menyaksikan Azmin Ali dan seluruh kekuatan KEADILAN Johor akan memberi sokongan kepada susuk Shamsul Iskandar. Azmin juga galak menyokong pendirian tegas Sam.

Melepaskan jawatan AMK untuk direbut oleh anak muda lebih berkaliber seperti Chegubard, Hasmi dan Rafizi adalah satu langkah yang dipandang mulia dan pasti Sam akan diangkat oleh anak muda di atas sedikit keberanian dan pengorbanan yang dilakukan oleh Sam. Saya percaya Sam berkaliber untuk jawatan naib presiden dan untuk ketua AMK pula memerlukan seorang pencetus revolusi. Sudah tiba masanya AMK diangkat menjadi sebuah organisasi serba tersusun dan bersedia menghadapi kancah perlawanan yang lebih hebat. Sudah sampai masanya, Angkatan Muda Keadilan bergerak sebagai satu organisasi yang lincah berstrategi dan fully utilize serta fokus kepada betapa kemungkinan Anwar Ibrahim disumbatkan ke hotel besi adalah tidak dapat dielakkan!

Kepada penyokong Sam yang bermati-matian ingin Sam kekal di AMK, hormatilah pendirian Sam sebagai seorang ketua yang akan juga akan bermati-matian membuktikan segala apa yang diungkap, akan dikotakan dengan perlaksanaan - Sam akan tetap lawan di VP. Sam akan mendapat sokongan padu seluruh warga AMK untuk dinobatkan sebagai naib presiden wakil anak muda, membawa suara anak muda ke persada parti. Seterusnya kita fokus kepada memperkuatkan parti, memantapkan parti dan mengukuhkan perpaduan antara parti.

Saya percaya penyokong Chegubard tidak punya masalah untuk menyokong habis-habisan perjuangan Sam di medan naib presiden, dan dalam masa yang sama saya berharap agar penyokong Sam juga akan melakukan perkara yang sama iaitu memberi sokongan kepada Che'gubard. Shamsul Iskandar dan Chegubard adalah satu gandingan tidak rasmi yang mantap dan saling memerlukan. Semoga kedua-dua pemimpin ini mencapai kejayaan dan akhirnya bersama membawa KEADILAN tepat dengan definisinya serta tepat di tempatnya.

Di kesempatan ini juga, ingin saya mengucapkan tahniah kepada pemimpin berkaliber Shamsul Iskandar kerana mengotakan janji bersama keberanian yang tidak akan dipandang enteng. Selesaikan pemilihan ini dan seterusnya visi dan misi akan dilaksanakan penuh dedikasi.

SATU UNDI SATU AHLI, RAIKAN DEMOKRASI SEBENAR !!


EDYES @ edyesdotcom


Anak Muda menyokong penuh SAM untuk bertanding jawatan Naib Perseden untuk membawa suara anak muda dalam MPP.

1 ulasan:

MAMAT berkata...

BRADER, TOLONG MASUKKAN BLOG NI KE DALAM LIST BLOG HANG BOLEH TAK?

http://selamatkanpkr.blogspot.com/

ADA STORY BERTAJUK KALAU ZAID BERDOSA MAKA MURSYIDUL AM PAS, PRESIDEN PAS DAN NAIB PRESIDEN PAS JUGA TURUT BERDOSA SAMA KAT DALAM DIA.

TQ.