PAS menganggap UMNO ‘salah faham’ apabila dalam kalangan pemimpin parti itu mendakwa pihaknya membuat fitnah dan memaki-hamun pemimpin UMNO dalam ceramah mereka.
Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, ceramah berhubung isu tertentu yang menyalahkan kerajaan adalah sebagai teguran kepada pemimpin kerajaan dan Barisan Nasional (BN).
Beliau turut mendakwa apa yang dibawa UMNO dan BN khususnya banyak tidak benar sehingga kebenaran terpaksa diperjelas kepada rakyat.
“Apabila kita sebut sesuatu perkara itu sudah tentu ia membabitkan individu tertentu dan menyebut individu tidak dilarang dalam al-Quran sebagaimana kitab itu juga menyebut me-ngenai Abu Lahab.
“Jadi UMNO kena perbetul apa yang disebut. PAS juga terbuka kalau UMNO tegur asalkan bertepatan dengan al-Quran dan hadis,” katanya.
Menurut beliau, kita ada mahkamah dan sekiranya apa yang dikatakan itu fitnah terutamanya beberapa isu seperti skandal PKFZ dan sebagainya, bawalah ke mahkamah,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat turut mendakwa pemimpin UMNO susah menerima teguran pihak lain sehingga parti itu didakwa kelam-kabut ketika ini.
Teguran tersebut termasuklah cadangan supaya UMNO melakukan pe-laksanaan undang-undang berasaskan syariat Islam dan pentadbiran mengikut kehendak agama.
“Kalau dia laksana Islam, PAS tidak akan wujud dan kita bersedia bergabung sekiranya mereka melakukan perkara tersebut,” katanya.
Bagaimanapun katanya, sikap acuh tidak acuh dengan teguran sedemikian juga menyebabkan UMNO dilihat sedang berada di ambang kehancuran.
“Kalau dia dengar apa yang kita tegur dari dulu lagi, UMNO akan kuat sehingga sekarang,” katanya
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan