Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia
anak muda..!!! korang kini dah boleh mula..!!! disini ia akan memandu korang..!!! jgn takut sbb ini tempat anak muda yg brani..!!! disini tempat anak muda yg kuat prinsipnye..!!! pendaftaran akan dibuka..!!! SELAMAT DATANG..!!

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1433 Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini......

Cara buat duit dengan mudah.....

Cara buat duit dengan mudah.....
sila klik gambar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sabtu, 27 November 2010

Kongres Keadilan : Perwakilan hentam JPP



Seorang perwakilan Kongres PKR mengemukakan soalan bertalu-talu kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) berhubung isu yang berkaitan dengan pemilihan parti itu.

Perwakilan Perak Zulkifli Ibrahim antaranya mempersoalkan sama ada badan pentadbir pemilihan langsung itu diberi kuasa penuh tanpa diganggu oleh mana-mana pihak.

Ketika membahaskan ucapan dasar presiden, Zulkifli juga mempersoalkan kelayakan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution membuat kenyataan berhubung berhubung pemilihan bagi pihak pengerusi JPP Dr Molly Cheah.

"Adakah benar, kadang-kadang pengerusi JPP tidak diberitahu ketika sesuatu pengumuman dibuat di akhbar? "Adakah kuasa yang diberikan kepada ahli JPP membuat sesuatu keputusan sendiri tanpa merujuk kepada pengerusi dan ahli JPP yang lain, contohnya dalan kes Hulu Selangor?

"Betulkah setiap aduan dan bantahan oleh pengadu disiasat dan atau hanya dibuat keputusan di atas meja semata-mata?" soalnya bertalu-talu sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Zulkifli yang juga Ketua PKR cabang Tambun berkata, beliau sendiri sudah tiga kali menghantar bantahan kepada JPP tetapi belum pasti sama ada ia disiasat.

Beliau terus bertanya, sama ada benar JPP tidak cukup tenaga untuk membuat penyiasatan dan adakah aduan yang belum selesai akan diteruskan siasatan selepas kongres tamat.

Sementara itu, seorang lagi wakil Perak yang berucap tidak lama selepas itu M Thinagaran turut menyentuh perkara yang sama, tapi dengan nada berbeza.

"Ia (pemilihan) sepatutnya lancar.

Saya tak tahu di mana salah dan silap hingga tiba-tiba diseret ke mahkamah bagi mendapatkan (perintah) injunksi," kata Thinagaran.

Mengakui percaya pada ketegasan parti, beliau menegur cara penyampaian maklumat dalam PKR, antaranya penggunanaan istilah yang "elit" dan masalah komunikasi.

"Cuba guna perkataan yang mudah difahami. Perkataan trojan horse (musuh dalam selimut) contohnya, apa itu trojan horse? "Rakyat tak faham istilah ini.

Kita kena perkataan yang biasa untuk menjelaskan apa yang cuba dimaksudkan."

Tiada ulasan: