Jumaat, 1 April 2011

Bekas Naib Ketua PKR Bayan Baru di gantung

PKR Pulau Pinang telah menggantung keahlian bekas naib ketua cabang Bayan Baru, M Nyana Segaran dan mengeluarkan surat tunjuk kepadanya kerana didakwa merancang untuk meninggalkan parti itu esok.


penang anti isa forum 150908 m nyana segaranDalam kenyataan medianya, Setiausaha PKR negeri, Maktar Shapee berkata Nyana merancang mengumumkan keluar parti dalam satu acara kebudayaan di Pulau Pinang esok, yang akan dihadiri pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Maktar berkata, Nyana (kanan) telah melanggar disiplin parti dan semalam, pengerusi jawatankuasa disiplin PKR, Tan Kee Kwong mengarahkan digantung keahliannya.

"Keahliannya digantung serta-merta, sehingga keputusan muktamad dibuat oleh parti," kata Maktar, yang juga ADUN Sungai Bakap.

Nyana yang menyertai PKR selepas pilihan raya umum 2008, menarik perhatian kerana menganjurkan karnival kebudayaan India, yang akan diadakan di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang esok.

Pemimpin lain BN yang dijangka hadir di majlis tersebut, yang menurut Nyana tiada berunsur politik, ialah Presiden Gerakan yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon.

Spekulasi telah tersebar di kalangan ahli parti bahawa Nyana yang merupakan bekas pemimpin Gerakan and MIC itu, akan melompat parti, bersama dengan beberapa orang lagi dari cabang PKR Bayan Baru, di majlis tersebut.

Bagaimanapun, Nyana telah menafikan akan keluar PKR, sambil menambah, beliau tidak sedar mengenai peletakan jawatan 200 ahli baru-baru ini.

NONE


Desas-desus mengenai Nyana akan meninggalkan PKR, tercetus selepas ketua cabang Bayan Baru, Sim Tze Tsin (kiri) mengingatkan ahli parti itu mengenai bekas ketua cabang yang kalah dalam pemilihan tahun lalu, sedang memujuk ahli menyertai BN


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...