Sabtu, 4 Mei 2013

Ini Kali Lah!..... JOM UBAH.......


Kita kini berada diambang sejarah. Kita telah tiba pada 24 jam terakhir kempen yang bersejarah yang bakal merubah Malaysia selama-lamanya. Di seluruh negara, kita telah menyaksikan beratus ribu rakyat Malaysia dari semua bangsa menghadiri ceramah-ceramah kita. Respon di negeri-negeri barisan hadapan seperti Johor, Sabah dan Sarawak, kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional sangat memberansangkan.

Dalam melakukan persediaan untuk bulan-bulan pertama mentadbir kerajaan, saya akan mengeluarkan peta laluan Pakatan Rakyat yang menggariskan tindakan-tindakan utama yang akan kita ambil untuk memenuhi janji-janji manifesto kami.  Seperti yang saya tekankan, fokus peta laluan ini mestilah pro-rakyat dan mengandungi langkah-langkah yang akan mempunyai kesan segera dan manfaat jangka panjang. Ini adalah langkah-langkah perubahan yang BN tidak bersedia laksanakan, tetapi akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat  - ini merupakan perubahan yang akan membawa pembaharuan, kemerdekaan yang sebenarya dan demokrasi ke Malaysia.
Saya ingin menjamin kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak merasa takut. Peralihan ini bukan sahaja bersejarah, tetapi ia juga akan berlaku secara aman. Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat yang dianggotai bekas-bekas jeneral dan ketua polis akan membantu saya dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengendalikan proses peralihan ini.
Kepada rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat, kami ingin mengucapkan terima kasih di atas keyakinan, keberanian dan pandangan jauh anda semua. Pilihanraya Ahad ini menandakan langkah penentuan dalam satu revolusi demokratik, yang aman dan mengkagumkan yang akan membawa Malaysia ke era baru.  Ayuh beramai-ramai keluar mengundi Ahad ini. Galakkan semua kawan-kawan, saudara-mara dan jiran-jiran anda untuk keluar mengundi.

Saya memberi amaran kepada Suruhanjaya Pilihanraya dan Kerajaan Sementara sekali lagi, rakyat tidak akan toleran terhadap sebarang penipuan pilihanraya. Kami akan berwaspada terhadap sebarang kegiatan yang mencurigakan. Kepada kakitangan Suruhanjaya Pilihanraya yang bertindak secara adil dan professional, anda tidak perlu gusar atau bimbang kesan perubahan ini ke atas anda. Kami menjamin bahawa hanya rakyat Malaysia akan menentukan masa depan Negara kita dan InsyaAllah  kita akan berjaya.

Kepada semua rakyat Malaysia: Malaysia ialah sebuah negara yang penuh dengan harapan dan kesempatan. Tentukan sendiri masa depan anda.

Ini kali lah!

Kepada kakitangan Suruhanjaya Pilihanraya yang bertindak secara adil dan professional, anda tidak perlu gusar atau bimbang kesan perubahan ini ke atas anda.
4 May 2013
Dato’Seri Anwar Ibrahim

INI KALILAH




'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...