5 November 2014
Kami, YB Dr Mujahid Yusoff Rawa (PAS-Parit Buntar), YB Ng Wei Aik (DAP-Tanjong), YB Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) telah dilantik oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bagi mewakili kerajaan negeri dalam urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya bagi negeri Pulau Pinang. Perlantikan kami telah ditetapkan pada 26 September 2014 oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini dipercayai adalah jawatankuasa yang pertama ditubuhkan oleh kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia. Ini menunjukkan betapa serious kerajaan negeri Pulau Pinang memandang perkara ini.
Menurut laporan akhbar, Suruhanjaya Pilihanraya telah mengumumkan proses persempadanan semula akhir tahun ini. Kami memerhati perkembangan ini dengan teliti dan ingin bekerjasama dengan SPR dengan hati yang terbuka.
Kami menyeru SPR mencadangkan persempadanan semula dengan mematuhi prinsip “Persempadanan Adil, Parlimen Efektif” (Fair Delimitation, Effective Parliament). Butiran adalah seperti berikut:
Persempadanan Adil - Perlaksanaan Prinsip “1 orang, 1 undi, 1 nilai” dalam Persempadanan Semula Pilihanraya
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada tahun 2012 telah mencadangkan dalam syor ke-20nya supaya persempadanan semula kawasan pilihanraya mengambilkira wajaran kawasan luar bandar dan juga memenuhi prinsip “satu orang, satu undi”. SPR mesti akur kepada syor Parlimen ini dan menghapuskan gejala “pembahagian tidak sekata” (malapportionment) dan “persempadanan tidak adil” (gerrymandering).
Parlimen Efektif - Memastikan keberkesanan Parlimen/DUN
Pengundi mengundi ahli Parlimen/ADUN untuk membawa suara rakyat ke Parlimen/DUN. Ini adalah tugas utama wakil rakyat. Dengan bertambahnya wakil rakyat, kuasa perwakilan dan fungsi setiap seorang wakil rakyat berkurangan. Semakin ramai ahli Parlimen/ADUN, semakin susah untuk menuntut peruntukan kawasan atau grant pembangunan untuk kawasan. Jika Parlimen menjadi terlalu besar, wakil rakyat juga akan kurang peluang berbahas dan membawa suara rakyat ke Parlimen/DUN. Kebanyakan negara tidak mengubah bilangan kerusi dalam Parlimen/DUN. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, House of Representatives (dewan bawahan) dalam Kongres mempunyai 435 orang ahli pada tahun 1911 dan tetap 435 pada hari ini, sungguhpun penduduk telah bertambah menjadi tiga kali ganda. Di India, saiz Dewan Rakyatnya dihadkan kepada 552 sahaja.
Jika SPR ingin mencadang penambahan kerusi, mereka harus menyakinkan rakyat bagaimanakah Parlimen akan menjadi efektif dengan pertambahan kerusi.
Pihak kami akan mengambil 2 prinsip di atas iaitu “Persempadanan Adil, Parlimen Efektif” sebagai rujukan utama dalam menasihati kerajaan negeri Pulau Pinang dalam menilai cadangan persempadanan kerusi Parlimen/DUN di negeri Pulau Pinang oleh SPR.
Pihak kami juga akan mengambil langkah proaktif untuk memulakan roadshow kami untuk mengambil maklum balas daripada pihak kerajaan negeri, PBT, Ahli Parlimen dan ADUN, orang awam, NGO-NGO, persatuan penduduk, parti-parti politik sebagai langkah outreach kami.
Hasil daripada usaha itu, kami akan menyediakan laporan penuh untuk membentangkan cadangan dan syor-syor kami kepada Ketua Menteri dan Pihak Berkuasa Negeri.
Terima Kasih
YB Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar (PAS)
YB Ng Wei Aik
Ahli Parlimen Tanjong (DAP)
YB Sim Tze Tzin
Ahli Parlimen Bayan Baru (PKR)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Luka Rakyat
Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...
-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya. Ini selaras deng...
-
Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan