Selasa, 21 Julai 2026

DAP Punca Melayu Berpecah ???



Tadi aku ngeteh dgn sahabat aku seorang Polis pencen. Tiba2 datang ex YB UMNO. Dia memujuk agar kami mengundi UMNOBNPAS di NS. 

Alasannya adalah DAP menyebabkan melayu berpecah dan kita tak mahu jadi mcm melayu Penang. 

Selepas YB tu pergi, aku pandang muka sahabat aku tu. Sambil geleng kepala dia cakap, "mcm tu punya senang dia punya kerja. Tuduh DAP, siap dah semua dia punya kerja". 

Aku senyum dan sahabat aku menambah lagi. "Semangat 46 tu terbentuk sebab DAP ke? PAS dan Bersatu bergaduh sebab DAP ke? Bersatu dulu terbentuk sebab DAP ke? PKR berpecah dari UMNO sebab DAP ke? Betul² dia bodohkan kita. Lepas tu dia kata kita kena undi UMNO di NS supaya kita jgn jadi mcm melayu Penang". 

Ujarnya lagi, "kwn² aku bekas Polis semua happy duk Penang. Anak dia org nak kerja senang, hotel banyak, kilang banyak, business banyak. Bukak kedai mkn ke, car wash ke, jual² jajan ke, kat mana saja, semua ada pelanggan. Promosi pelancungan oleh Penang tak henti². Yg jadi ajk surau ke masjid ke semua happy. Azan full volume pun takde org marah. Minta apa pun senang dpt".

Aku tanya dia pulak, " yg kata masa PH skg  ni banyak ladang babi, mcm mana pulak?". 

Sambil tepuk dahi dia jawab, "itulah penipu nombor satu, aku pernah bertugas di NS dan Selangor. Sebenarnya zaman UMNO dulu ladang babi ni lagi takde kawalan. Yg bukak senyap² takde lesen ni bersepah. Sana sini sungai hitam. Kat PD masa tu nak mandi pantai pun geli. Kau tgk  skg. Bilangan ladang terkawal. Pemantauan JAS dan Majlis tempatan sgt ketat. Nak buka ladang baru pun kena tanya Sultan. Mcm tu punya strict, barulah kita boleh hidup selesa sikit". 

Dia bercerita lagi, "kau tgk masa UMNO pegang NS dulu, simpanan negeri baru 400 juta lebih, Tok Min baru  pegang beberapa tahun aja simpanan dah 1 billion lebih. Bonus tiga bulan. Mak datook, kalau Tok Min pegang lagi satu penggal silap² bonus bole jadi 6 bulan". 

Aku beritahu dia lagi, "dia org tak suka DAP dlm kerajaan. So nak buat mcm mana?".

Dia jwb, "kalau aku jadi UMNO aku pun benci dgn DAP. Kalau buat kerajaan dgn PKR mungkin boleh mark up project sikit². Tapi kalau DAP ada, nak mark up sikit pun tak boleh. Satu sen pun tak boleh sakau. Susah nak menyakau, sebab tu UMNO kena tolak DAP baru dia boleh hidup. UMNO kalau takde duit mana dia boleh hidup". 

Senyap sekejap dan dia menambah lagi, " UMNO kutuk DAP mcm² sedangkan dia bergabung dgn MCA boleh pulak. Apa saja yg UMNO buruk²kan DAP, MCA pun ada jugak cuma 40  X lagi teruk. Kerja dgn DAP ni senang sebab nombor satu dia ikut Law, sebab nombor 2 dia tak rasuah. Kat situ pun dh selesai 50 % problem"..

Ok beb, sampai disini dulu, aku nak cuti dulu dari jadi cytro PH ni. First sebab Ustaz aku (org Amanah) dah 2 kali sound aku jgn menyumpah² dan maki² dlm media sosial tapi aku lost control especially bila baca penghinaan terhadap DSAI. So aku tak nak Ustaz aku sound utk kali ke 3. 

Second sebab aku kecewa dgn PH sebab tak sungguh² menyekat politik wang. DiJohor bumi kelahiran aku, itulah masalahnya dari dulu sampai skg. Politik wang bermaharaja lela. Tak taulah nak buat mcm mana. 

Ok beb permisi dulu. Ku susun sepuluh jari mohon maaf dari semua especially saudara² ku dlm UMNO krn banyak sgt menggunakan kata² yg kasar. 

Akhir kata, sokonglah Anwar. Bersama Anwar ada keberkatan dan bantuan dari Allah. InsyaaAllah, Alhamdulillah dan Amin Ya Rabbal 'Alamin.


C&p

Khamis, 16 Julai 2026

Punca ubn untuk mengkhianati perpaduan....?

Sebenarnya.... Bukan sebab melayu saja pun mereka cuba untuk mengkhianati Perpaduan... Tapi sebab utamanya.... Betukkah kerana Dah tak boleh nak menyakau..?????.. Kawan jadi lawan.... Lawan jadi kawan.... 

Bila mana PMX dengan tegas membanteras Rasuah.... Puak penyakau sedah gelisah..... Walau berada dalam kerajaan yang sama tapi dana2 dan makin kurang.... Kontraktor-kontraktor pun dah xperlu untuk menghabiskan wang yg bnyak untuk dptkan tender..... Maka mereka sedang cari jalan untuk menunjukan Harapan tidak layak takbir kerajaan dan DAP dipersalahkan.... Sebab tu depa akan mengkambing hitamkan pas dengan mewujudkan mn2.0 untuk meraih undi orang melayu yang telah dipesongkan untuk membenci DAP dan Harapan.....


Bilamana dah dapat kembali kuasa.... Pas akan tinggal hampassss

Isnin, 6 Julai 2026

Selasa, 1 Jun 2021

Luka Rakyat



Rakyat itu selalu diam,
tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa,
rakyat itu seperti naga,
melingkar dengan berat badan dan diam dalam keheningan sendiri,
tapi pancainderanya tajam,
kuat instuisinya dangan akalbudi,
lalu jangan sekali-kali melukakannya,
jangan melukainya berkali-kali,
kerana sekali ia bangkit,
rosaklah segala apa-apa.

Rakyat itu penyabar,
kerana kesedaran nuraninya yang dalam,
rakyat hanyalah penonton,
segala perbuatan pemimpin di atas pentas bangsanya,
rakyat akan mudah faham,
akan kesalahan pemimpinnya,
kerana ia ular sawa,
ia tetap melingkar diam kerana kenyangnya,
tapi kalau kesalahan itu sudah subur,
dengan sikap keras kepala,
maka lingkaran diamnya pun hilang,
lalu ia pun mengamuk membinasakan dengan mata butanya.

Rakyat itu suka menunggu,
rakyat itu adalah gerakan raksasa,
rakyat itu tidak pernah tergesa-gesa,
bertindak apalagi memberontak,
ketika rakyat sambil menunggu,
ia pun menilai,
penilaian rakyat selalunya benar,
hati nuraninya bersih tuntas,
kerana sabar menunggu,
rakyat pun menjadi peka melihat peluang,
rakyat selalu mengerti tentang suasana.

Rakyat sering menunggu peluang,
bila terjadi amat menakutkan,
ia tidak mudah berhenti,
tidak pula mudah dijinakkan,
rakyat tidak mudah puas,
rakyat itu orang yang berhati-hati,
menaruh kepercayaan,
maka janganlah menipu rakyat,
maka janganlah membohongi rakyat,
jangan sekali-sekala munafik,
dan jangan berbuat bodoh di depan rakyat.

Rakyat itu tidak mahu dibodohkan,
rakyat itu cerdas hati nuraninya.

Rakyat itu diam,
rakyat itu sabar,
rakyat itu pandai membaca peluang,
jangan sekali-kali anggap rakyat tidak berbahaya,
kerana diamnya,
kerana sabarnya,
rakyat itu memang sabar,
tapi jangan terus disakiti, ditekan dan dibohongi.

Rakyat itu mampu sabar,
seperti ular besar yang perutnya berisi,
tapi kalau ia kelaparan,
bumi lingkarannya akan bergegar,
rakyat itu seperti binatang purba,
tidak berasa disakiti meski diinjak,
kalau perutnya kenyang.
Makanya…
jangan biarkan rakyat lapar,
jangan bodohkan rakyat,
jangan tindaskan rakyat,
kerana sifat diamnya akan hilang,
kesabaran akan lupus,
bijaksananya menjadi gila,
disebarkan air dendam yang tidak akan memilih sesiapa.

Rakyat yang lapar mahunya satu,
keadilan!
rakyat yang tertindas mahunya satu,
keadilan!
rakyat yang diam mahunya satu,
saksama!
rakyat yang bergerak mahunya satu,
kebebasan!
rakyat yang bantah mahunya satu,
ketulusan!

Peradilan adalah perhitungan,
Jangan, jangan pamerkan di ekspo massa,
tentang kedustaan, tentang kemunafikan, tentang ancaman,
jangan, jangan hulurkan,
kertas pemalsuan, dokumen tekanan,
ular sawa masih melingkar tidur,
kerana perutnya masih terisi,
tapi apabila sudah tidak terbeli,
maka hatilah-hatilah yang selama ini disakiti,
hentikan pameran dusta,
hentikan sandiwara dan lakon berseni,
hentikan ancaman,
hentikan main sembunyi.

Rakyat berfikir dalam diam,
rakyat itu diam dalam perhitungan,
rakyat itu menghitung satu demi satu,
harga diri hanyalah jujur,
harga mahal ialah berani mengakui kesalahan pada rakyat,
rakyat itu memang diam,
tapi selalu melihat, selalu mendengar, selalu menilai,
rakyat itu selalu melihat, mendengar, dan menilai,
kalau masih dapat makan,
akan tetapi rakyat yang lapar akan makan semuanya,
rakyat yang tertindas akan ingat luka-luka masa lampau,
mereka dinamakan rakyat bodoh,
yang membuat peradilan sendiri,
hukumannya hanya luka-luka.
Bila semakin parah pisau melukakannya,
semakin keraslah hukuman bodohnya.

Rakyat adalah binatang buas,
yang kelihatan jinaknya melalui hati nurani,
maka, hindarilah peradilan rakyat!


Penulis (Azizi Hj Abdullah)

Sabtu, 15 Mei 2021

SELAMATKAN GAZA



 15 Mei 2021| 3 Syawal

KEADILAN Pulau Pinang menggesa kerajaan Malaysia supaya mendesak Pertubuhan Islam Antarabangsa (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak segera untuk menghentikan pertembungan ini agar nyawa rakyat Palestin dapat di selamatkan. 

Tragedi Kemanusian berulang ulang di Palestina seperti tiada titik nokhtah. 

Apa yang berlaku sekarang adalah isu kemanusiaan. 

Perjuangan rakyat Palestina adalah untuk Kemerdekaan tanah air mereka sendiri. 

Ia adalah perjuangan kebebasan negara mereka yang di nafikan oleh adikuasa dunia. 

Saat ini rakyat Palestin menghadapi penindasan dan kekejaman rejim  tentera zionis Israel, ratusan nyawa yang tidak berdosa menjadi korban. 

Premis bangunan kerajaan, sekolah, hospital dan kediaman menjadi sasaran tentera zionis. 

Derita rakyat Palestin yang tidak berkesudahan ini harus di hentikan. 

Ini lah saatnya - kala seluruh dunia bersatu memerangi pandemik Covid-19 dunia Islam juga harus bangkit bersatu memerangi zionis Israel dan mengembalikan hak  keamanan bernegara dan kedamaian buat rakyat Palestina.

Sebagai solidariti kecil menzahirkan rasa simpati buat rakyat Palestin. 

KEADILAN ingin mengajak setiap anggota KEADILAN membanjiri laman sosial media dengan menyatakan sokongan buat Palestin.

Pastikan setiap saluran sosial media dibanjiri dengan sokongan

#IStandWithPalestin

#KEADILAN4Palestine


Amir Haji Ghazali 

Komunikasi KEADILAN Pulau Pinang

Jumaat, 2 April 2021

Selamat Datang Sdr Afdlin Shauki dan Altimet Ke Keluarga Besar keADILan

 


KENYATAAN MEDIA

KOMUNIKASI KEADILAN NEGERI PULAU PINANG 

01 APRIL 2021


Hari ini KEADILAN membuktikan betapa wadah ini merupakan suatu wadah inklusif yang meraikan kemajmukan latar dan kalangan.

Kehadiran Sdr Afdlin Shauki  dan Altimet pasti akan memeriahkan lagi keluarga besar KEADILAN. 

Sumbangan besar dan bakat  mereka berdua dalam dunia seni akan menjadi nilai tambah bukan sahaja sebagai daya penarik anak muda untuk menyertai KEADILAN akan tetapi menjadi pelantar kepada ahli KEADILAN untuk benar-benar meraikan serta menghormati dunia seni.

KEADILAN Pulau Pinang mengucapkan selamat datang kepada Afdlin Shauki dan Altimet dalam keluarga besar KEADILAN Negeri Selangor. 


Amir Haji Ghazali 

Pengarah Komunikasi KEADILAN Pulau Pinang

Selasa, 30 Mac 2021

TIADA TEMPAT BUAT POLITIKUS YANG MENSIA-SIA KAN UNDI RAKYAT PULAU PINANG.

 


Mengulas tindakan empat Adun Bersatu iaitu Dr. Afif Bahardin (Seberang Jaya), Zulkifli Ibrahim (Sungai Aceh) ,Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Teluk Bahang) memboikot sesi libat urus ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) bersama wakil rakyat hari ini dengan alasan langkah kerajaan PH Pulau Pinang memindahkan  peruntukan 60,000 kepada Wakil Kerajaan (Penyelaras) di sama ertikan dengan menghukum rakyat di kawasan dan bermain politik di kala rakyat berdepan dengan krisis kesihatan dan ekonomi. 

KEADILAN ingin bertanya, siapa menghukum rakyat ? dan pihak mana  yang kuat bermain politik di kala rakyat berhadapan musibah pandemik covid 19? 

Peruntukan 60,000 setahun bukanlah satu nilai yang besar buat mereka yang beralih sokongan kepada Kerajaan PN yang punyai kuasa dan peruntukan yang lebih lumayan di peringkat pusat selepas PH di huru harakan oleh mereka yang tertanggal  prinsip perjuangan. 

Rakyat di DUN Seberang Jaya, Sungai Aceh, Bertam dan Telok Bahang lebih terjamin  peruntukan Kerajaan Negeri di salurkan dan agihan secara adil  melalui wakil mereka yang mempunyai iltizam dan aspirasi yang kekal sama ketika pengundi - pengundi memberi kemenangan kepada wakil Pakatan Harapan pada PRU 14 di DUN2 tersebut. 

Prinsip keadilan tetap di guna pakai oleh Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang apabila peruntukan wakil dari PAS dan UMNO langsung tidak terusik, peruntukan mereka sama dengan wakil kerajaan kerana prinsip, demokrasi dan kesetiaan kepada parti dan rakyat di kawasan mereka memilih Adun2 tersebut mewakili suara mereka di DUN Pulau Pinang.

KEADILAN menyeru kepada rakyat Pulau Pinang agar memberi hukuman dan  pengajaran kepada mereka yang mengkhianati amanah serta kepercayaan pengundi yang memilih mereka di bawah gabungan PH tapi telah menginjak-injak mandat rakyat kelak supaya ia menjadi pengajaran kepada politikus lainnya di masa hadapan.

KEADILAN Pulau Pinang menawarkan "Kejujuran Politik" sebagai teras penting perjuangan reformasi bagi memacu kepercayaan rakyat Pulau Pinang. 


Amir Haji Ghazali

Pengarah Komunikasi KEADILAN Pulau Pinang

Khamis, 11 Mac 2021

Isnin, 8 Mac 2021

Tawaran Suapan :Ahli Parlimen Sekijang Buat Laporan SPRM



Kenyataan Media Ahli Parlimen Sekijang

Pada 7hb Mac 2021


Hari ini saya telah membuat satu laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan satu kejadian percubaan mendapatkan sokongan saya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan janji manfaat yang boleh saya perolehi dengan pemberian sokongan tersebut.


Kejadian itu telah berlaku pada 3hb Mac yang lalu, dan melibatkan dua individu termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk Seri’.


Saya membuat laporan ini berdasarkan Seksyen 25 Akta SPRM 2009, berkenaan kewajipan melaporkan tawaran suapan.


Saya berharap pihak SPRM akan dapat menyiasat perkara ini pada kadar segera.


Sekali lagi saya nyatakan bahawa saya tidak berminat untuk memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan saya tidak mahu mengkhianati Parti Keadilan Rakyat, pimpinan, dan yang terpenting pengundi-pengundi Parlimen Sekijang.


Kepada mereka yang masih berusaha untuk mengubah sokongan Ahli-Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat atau pembangkang amnya, berhenti lah. Kerajaan minoriti yang kamu cuba selamatkan itu sudah seperti telur di hujung tanduk.


Kepada kerajaan minoriti hari ini, saya cuma ada satu kata: “Lawan!”


YB Hjh Natrah Ismail

Ahli Parlimen Sekijang

Jumaat, 5 Mac 2021

Jangan Jadikan Agensi Kerajaan Senjata Politik

 




KENYATAAN MEDIA

MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

5 Mac 2021


Majlis Presiden Pakatan Harapan dimaklumkan tentang siri tindakan agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Ahli-Ahli Parlimen pembangkang, pegawai-pegawai malah juga ahli-ahli keluarga mereka.


Pada waktu ini, kami difahamkan tindakan-tindakan masih terus dilakukan bersekali dengan tekanan untuk Ahli-Ahli Parlimen pembangkang menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Dari segi prinsip, kami menyokong sebarang tindakan yang berlandaskan hukum dan undang-undang. Tetapi sebarang penyalah gunaan institusi atau agensi dengan niat untuk mengganggu, menekan atau menakut-nakutkan musuh politik langsung tidak boleh diterima. Kami percaya ini telah dilakukan terhadap ramai termasuk YB Lim Guan Eng dan isteri, YB Larry Sng, YB Steven Choong, dan kini secara tidak langsung terhadap YB Dato’ Dr Xavier Jayakumar.


Pakatan Harapan mengecam sekeras-kerasnya penggunaan SPRM, LHDN, PDRM dan agensi-agensi lain sebagai ‘senjata politik’, terutama bagi tujuan menambah sokongan kerajaan minoriti Perikatan Nasional ini.


Pertandingan politik di Malaysia wajib berlaku dalam suasana yang sihat, dengan amalan demokrasi yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Harapan juga kesal dengan tindakan pihak berkuasa ke atas perniagaan dengan pelbagai tuntutan kewangan yang tidak munasabah serta juga pembekuan akaun bank untuk menambahkan pendapatan kerajaan yang kian berkurangan. 


Tindakan "memeras" perniagaan dalam keadaan kemelesetan ekonomi harus ditangguh kerana ia akan menyukarkan survival perniagaan dan menjejaskan pekerjaan.


YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)


YB Hj Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)


YB Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP)


#PakatanHarapan

#TolakPengkhianat

Sabtu, 16 Januari 2021

DARURAT

 



PM kata darurat


Pkp lagi.

Pakai pelitup muka

Jaga jarak jangan leka

tak boleh rentas negeri

angka covid semakin mencanak

harga barang semakin meningkat

Duit di poket semakin menipis

anak anak berkeliaran 

belum ke sekolah

Ibu ayah tok nenek 

pening kepala


Penjual nasi lemak 

dan berger gelisah semacam

tak boleh jual di tepi jalan

duit harian takde 

Kwsp tak de 

duit dari langit tak jatuh pun

nak makan apa? 


Kilang kilang boleh pula buka.

Super market boleh pula

beli barang.


Semakin tertekan dengan darurat

dan pkp.

suami isteri gaduh selalu

jerit pekik anak anak yang di kurung

semakin memeningkan otak

ada yang cerai

ada yang isteri kena penampar

Berantakan ...


Masjid kosong...

Doa jemaah tak terangkat 

Silatulrahim musnah

Corona virus punya angkara.

Hidup bermasalah kerana

solat yang bermasalah.

Dosa siapakah ini?

Kita kena bermuhasabah diri.

Bertaubat agar doa didengari Ilahi.


Nina Kirana

Kajang.

16/1/2021.

Jumaat, 27 November 2020

Peluang masih wujud untuk menyatakan pendirian tegas termasuk melalui undian belah bahagi

 



KENYATAAN MEDIA

27 November 2020


Semalam Parlimen menyaksikan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 lulus di peringkat dasar, dan seterusnya akan memasuki perbahasan peringkat jawatankuasa bermula Isnin, 30 November ini sehingga undian terakhir pada 15 Disember kelak.

Semestinya rakyat Malaysia terutama dari kalangan yang cukup terkesan akibat kehilangan kerja atau pendapatan menerima baik pengumuman Menteri Kewangan tersebut beserta peruntukan tambahan bagi Sabah, golongan nelayan dan petani, petugas barisan hadapan COVID-19 dan para pekerja yang mengharapkan bantuan segera.

Walaupun rakan-rakan khususnya YB Lim Guan Eng dan YB Mohamad Sabu merasakan perlu dibuat undi belah bahagi pada waktu itu, saya telah membuat keputusan sebagai Ketua Pembangkang serta Pengerusi Pakatan Harapan untuk meminta ketua-ketua whip parti pembangkang tidak berbuat demikian. Ini supaya Ahli-Ahli Parlimen dapat meneliti secara terperinci dan mendalam keseluruhan pengumuman Menteri Kewangan. 

Ahli-Ahli Parlimen berhak mempersoal apakah peruntukan-peruntukan ini adalah tambahan kepada yang telah diumum atau terhasil dari pemotongan mana-mana Kementerian lain, apakah jumlah sebenar Belanjawan, serta kesan terhadap situasi kewangan negara, selain isu golongan yang masih mendambakan bantuan seperti pemandu teksi, pengusaha kantin dan ramai lagi. Beberapa mekanisme termasuk berkenaan pengeluaran dana dari KWSP dan moratorium bank juga perlu diteliti. 

Peluang masih wujud untuk menyatakan pendirian tegas termasuk melalui undian belah bahagi di peringkat jawatankuasa dalam minggu-minggu akan datang.

Perlu saya nyatakan di sini bahawa dalam sejarah perjalanan Parlimen Malaysia belum pernah suatu belanjawan dipinda dengan jumlah atau dengan cara seperti ini. Ini adalah tanda kesediaan Perikatan Nasional melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa, termasuk melanggar duluan (precedent) Parlimen.


ANWAR IBRAHIM

Khamis, 26 November 2020

HARI INI KITA TUNGGU SAMA ADA PENGUNDIAN BELANJAWAN 2021 DI PARLIMEN AKAN DIADAKAN



𝑴𝒆𝒓𝒖𝒋𝒖𝒌 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒌𝒆𝒏𝒚𝒂𝒕𝒂𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒕𝒆𝒓𝒊 𝒌𝒆𝒘𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒉𝒂𝒅𝒂𝒑𝒊 𝒌𝒆𝒔𝒖𝒌𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒚𝒂𝒓 𝒈𝒂𝒋𝒊 𝒌𝒂𝒌𝒊𝒕𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒎 𝒔𝒆𝒌𝒊𝒓𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒃𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒍𝒊 𝒊𝒏𝒊 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒍𝒖𝒍𝒖𝒔 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒔𝒆𝒔𝒊 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒖𝒏𝒅𝒊𝒂𝒏 26 𝑵𝒐𝒗𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓 𝒊𝒏𝒊 𝒅𝒊𝒂𝒏𝒈𝒈𝒂𝒑 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓𝒖𝒕.


𝑩𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒘𝒂𝒏 2021 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒓𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒕𝒊𝒌𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒃𝒆𝒓𝒅𝒆𝒑𝒂𝒏 𝒓𝒊𝒔𝒊𝒌𝒐 𝒅𝒊𝒕𝒐𝒍𝒂𝒌 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒂𝒉𝒍𝒊-𝒂𝒉𝒍𝒊 𝒑𝒂𝒓𝒍𝒊𝒎𝒆𝒏 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝒕𝒆𝒓𝒍𝒂𝒍𝒖 𝒃𝒂𝒏𝒚𝒂𝒌 𝒑𝒆𝒓𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒅𝒊𝒑𝒆𝒓𝒕𝒊𝒌𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏.


𝑺𝒆𝒌𝒊𝒓𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒓𝒊𝒌𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑵𝒂𝒔𝒊𝒐𝒏𝒂𝒍 (𝑷𝑵) 𝒋𝒂𝒕𝒖𝒉 𝒔𝒆𝒌𝒂𝒍𝒊 𝒑𝒖𝒏, 𝒕𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒎𝒂𝒔𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒓𝒖 𝒎𝒆𝒍𝒖𝒍𝒖𝒔𝒌𝒂𝒏 𝑩𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒘𝒂𝒏 2021. 𝑰𝒏𝒊 𝒃𝒆𝒓𝒎𝒂𝒌𝒏𝒂 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒓𝒖 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒖𝒃𝒂𝒉𝒔𝒖𝒂𝒊 𝒃𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒅𝒊𝒂 𝒂𝒅𝒂 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒆𝒏𝒖𝒉𝒊 𝒌𝒆𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒏𝒕𝒊𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒍𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒑𝒂𝒏𝒅𝒆𝒎𝒊𝒌 𝑪𝒐𝒗𝒊𝒅 19.


𝑩𝒆𝒓𝒅𝒂𝒔𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒏𝒚𝒂𝒕𝒂𝒂𝒏 𝑨𝒉𝒍𝒊 𝒑𝒂𝒓𝒍𝒊𝒎𝒆𝒏 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈, 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒔𝒖𝒌𝒂𝒓 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒂𝒅𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒓𝒖 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂-𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂 𝒔𝒖𝒅𝒂𝒉 𝒂𝒅𝒂. 𝑫𝒂𝒏 𝒇𝒐𝒌𝒖𝒔𝒏𝒚𝒂 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒌𝒆𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖𝒂𝒏 𝒓𝒂𝒌𝒚𝒂𝒕 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒓𝒊𝒔𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒉𝒂𝒅𝒂𝒑𝒊 𝒑𝒂𝒏𝒅𝒆𝒎𝒊𝒌 𝑪𝒐𝒗𝒊𝒅-19.


𝑴𝒆𝒏𝒈𝒖𝒃𝒂𝒉 𝒔𝒖𝒂𝒊 𝑩𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒘𝒂𝒏 2021 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒆𝒓𝒍𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒂𝒔𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒎𝒂 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝒃𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒘𝒂𝒏 𝒊𝒕𝒖 𝒎𝒆𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌𝒊 𝒅𝒖𝒂 𝒌𝒐𝒎𝒑𝒐𝒏𝒆𝒏. 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒓𝒖 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒖𝒃𝒂𝒉 𝑷𝒆𝒓𝒃𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒍𝒊𝒃𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒎𝒃𝒂𝒚𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒈𝒂𝒋𝒊 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊𝒏𝒚𝒂. 𝑯𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖 𝒅𝒊𝒕𝒂𝒎𝒃𝒂𝒉𝒃𝒂𝒊𝒌 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝑷𝒆𝒓𝒃𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒖𝒏𝒂𝒏.


𝑲𝒊𝒕𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒉𝒂𝒓𝒂𝒑 𝑴𝒆𝒏𝒕𝒆𝒓𝒊 𝑲𝒆𝒘𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒃𝒖𝒂𝒕𝒍𝒂𝒉 𝒑𝒊𝒏𝒅𝒂𝒂𝒏 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒌𝒆𝒔𝒆𝒋𝒂𝒉𝒕𝒆𝒓𝒂𝒂𝒏 𝒓𝒂𝒌𝒚𝒂𝒕 𝒅𝒂𝒏 𝒏𝒆𝒈𝒂𝒓𝒂. 𝑹𝒂𝒌𝒚𝒂𝒕 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒓𝒊𝒔𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒅𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒈𝒆𝒍𝒖𝒕 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒑𝒂𝒏𝒅𝒆𝒎𝒊𝒌 𝑪𝒐𝒗𝒊𝒅-19 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒕𝒂𝒉𝒖 𝒃𝒊𝒍𝒂 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓.


Sumber di Sini

Khamis, 19 November 2020

PN akan ditalkinkan pada 25 November ini????

 


25 November ini, Bajet 2021 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul dijangka akan diundi buat kali pertama di Parlimen.

Adakah tarikh 25 November 2020 akan menjadi mimpi ngeri buat Muhyiddin dan barisan kebinet beliau di dalam Perikatan Nasional?

Adakah tarikh 25 November 2020 ini akan menjadi hari berkuburnya Kerajaan Perikatan Nasional dan mencatatkan sejarah dalam dunia politik negara sebagai kerajaan yang hanya mempunyai jangkahayat hanya selama 9 bulan sahaja?

Kalau sebelum ini Pakatan Harapan memegang rekod dengan menjadi kerajaan hanya selama 22 bulan, nampaknya rekod itu akan dapat dipecahkan oleh Perikatan Nasional dengan hanya berkuasa selama 9 bulan sahaja.

Kalau mengikut perkembangan semasa dan melalui kenyataan-kenyataan beberapa pemimpin politik, berkemungkinan besar mimpi ngeri Perikatan Nasional akan menjadi kenyataan.


Pengerusi BNBBC, DS Najib, secara tegas telah menyatakan sokongan Ahli PArlimen kepada Bajet 2021 adalah sokongan bersyarat.

Apakah syarat yang dikenakan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menyokong Bajet 2021?

Pertama, Perikatan Nasional mesti meluluskan permintaan untuk pencarum KWSP mengeluarkan secara 'one off' dari Akaun 1 mereka sebanyak RM10,000.

Kedua, Perikatan Nasional mesti meluluskan pemberian moratorium pinjaman bank secara automatik kepada peminjam untuk tempuh 6 bulan mulai dari bulan Januari 2021.

Mengapa Basrisan Nasional mengenakan syarat?

Sebenarnya itulah kehendak rakyat dan bukannya kerana Barisan Nasional mahu menjadi popular tetapi memang itulah tugas wakil rakyat yang sudah lama dilupakan oleh kebanyakan Ahli Parlimen, membawa suara rakyat dan membantu rakyat ketika dalam kesusahan seperti yang sedang rakyat hadapi sekarang ini.

Apakah syarat Barisan Nasional ini akan membebankan kerajaan atau akan menambah jumlah defisit perbelanjaan kerajaan dalam Bajet 2021?

Tidak, kerana yang akan dikeluarkan adalah duit simpanan pencarum dan bukannya dari dana kerajaan dan moratorium yang diminta pula tidak akan menghapuskan hutang peminjam kepada bank tetapi cuma akan menangguhkan pungutan hutang.

Apakah bank akan terbeban dengan moratorium yang diminta?

Ya, tetapi kesannya sangat sedikit.

Dalam keadaan dunia menghadapi pandemik Covid-19, dalam keadaan ratusan ribu rakyat kehilangan punca pendapatan, walau pun diakui keuntungan pihak bank merosot namun pihak bank masih lagi mampu menjana keuntungan berbilion ringgit.

Tetapi ramai di kalangan rakyat yang bukan sahaja kehilangan perkerjaan, malah ada yang kereta dan rumah mereka sudah ditarik kerana gagal membayar balik pinjaman.

Kalau pihak bank mengeluh tentang penurunan keuntungan mereka tetapi rakyat kini sedang mengeluh untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.

Jadi, 2 syarat berkenaan bukanlah syarat dari DS Najib dan Ahli Parlimen Barisan Nasional sahaja tetapi 2 syarat berkenaan adalah suara rakyat!!!

Tanpa sokongan dari Ahli Parlimen Barisan Nasional atau mungkin sebahagian sahaja dari Ahli Parlimen Barisan Nasional, Bajet 2021 pasti tidak akan lulus.


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, menyatakan dalam perbahasan beliau bahawa Pakatan Harapan hanya akan menyokong Bajet 2021 sekiranya bajet tersebut lebih fokus kepada bajet Covid-19.

Pakatan Harapan merasakan melalui bajet yang telah dibentangkan oleh Senator Tengku Zafrul menunjukkan kerajaan tidak berapa serius dalam menangani pandemik Covid-19.

Ini adalah kerana peruntukan untuk kesihatan dalam menangani Covid-19 adalah tidak mencukupi, malah peruntukan kesihatan untuk beberapa penyakit kronik yang lain telah dikurangkan dan dipindahkan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran.


Dalam perkembangan yang lain, Presiden PAN, Mohamad Sabu, telah mengumumkan kesemua Ahli Parlimen PAN akan menolak Bajet 2021.

Mohamad Sabu menyatakan, pendirian PAN itu adalah selari dengan pendirian Pakatan Harapan untuk menolak Bajet 2021.

Tanpa sokongan dari Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, Muhyiddin dan Perikatan Nasional hanya akan akan berharap kepada sokongan Ahli Parlimen PPBM, PAS dan PBS.

Walau pun ada usaha untuk memujuk Ahli Parlimen Bebas terutamanya dari Pejuang, namun ianya masih tidak mencukupi malah masih jauh lagi untuk meluluskan Bajet 2021.


Sentimen yang cuba dimainkan oleh Perikatan Nasional ialah sekiranya Bajet 2021 tidak lulus, maka penjawat awam terutamanya petugas barisan hadapan Covid-19 tidak akan mendapat gaji.

Walau pun Tengku Zafrul bukan ahli politik tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Tengku Zafrul itu ternyata bersifat politik.

Sangat jelas, kenyataan beliau hanyalah bertujuan supaya rakyat mendesak Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Ahli Parlimen pembangkang supaya menyokong Bajet 2021.

Admin tidak tahu sama ada Tengku Zafrul hanya mengikut skrip yang disediakan atau beliau membuat kenyataan tanpa merujuk kepada Perlembagaan.

Walau pun Bajet 2021 tidak diluluskan, namun parlimen masih mempunyai pilihan untuk meluluskan bajet terpilih seperti perbelanjaan untuk gaji kakitangan awam termasuk petugas barisan hadapan Covid-19.

Tidak akan mendatangkan mudarat besar kepada negara sekiranya Parlimen menolak Bajet 2021.

Yang akan mendapat mudarat besar ialah Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Muhyiddin serta menteri-menteri beliau.

Penolakan Bajet 2021 bererti Perikatan Nasional dan Muhyiddin sudah kehilangan majoriti di dalam Parlimen dan beliau sudah tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Apabila Perikatan Nasional dan Perdana Menteri hilang kelayakan, maka secara automatik, barisan menteri beliau juga akan hilang kelayakan.

Muhyiddin perlu memaklumkan kepada SPB YDP Agong mengenai perkara itu dan terpulang kepada SPB YDP Agong sama ada untuk memulakan proses seperti perlantikan Muhyiddin dahulu atau membubarkan Parlimen tetapi dalam masa yang sama menangguhkan PRU 15 sehingga masaalah Covid-19 dapat ditangani.

Maka talkin akan dibacakan kepada Perikatan Nasional dan barisan kabinet mereka, manakala jenazah Perikatan Nasional pula akan dikebumikan di perkarangan Parlimen pada 25 November 2020 ini.

Rest In Peace.


Walau pun arwah banyak menyakitkan hati namun adalah juga jasa mereka kepada kita, muga damai di sana.

Sumber dari Unspinners

Selasa, 16 Julai 2019

YB-YB Tolong Baca dan Hadam

Harapkan pingat tak dapat
Harapkan projek tak dapat
Semua tak dapat takpa ...tak kisah...
Tapi kawan2 semua yang ada cuma minta satu saja..
Dulu kita kerajaan negeri sekarang dah pegang pusat..

Minta tolong satu saja..

Apa ..!!!!

Mana ada lobang keja dgn kerajaan minta sangat2 la bagi dan bantu kawan
-kawan yg tak dak keja..
Kawan2 yg dok tolong :
pasang bendera
Pasang poster
Panjat pokok
Panjat tangga flat

Itu saja pengorbanan yg amat diharapkan dari mereka.!!!

YB2 semua dah ada pencen berpuluh ribu sebulan ..
jadi adun 1 penggal
pegang menteri..
tim menteri..
ahli perlimen lagi..
sebulan dah berapa ????

kira sendiri..!!!!


Yang keja sendiri ..hang buat keja hang..
Yang keja kilang pi keja kilang...
Yang keja sapu sampah pi sapu sampah..

Mai pilihanraya ..mai cari depa ni minta tolong..
Bila dah menang..
ambil orang lain keja..
asalkan pandai bodek..
pandai jilat sikit..

Sori...terima kasih...

Luahan hati penyokong @ petugas @ ahli bawahan parti.....

DAP Punca Melayu Berpecah ???

Tadi aku ngeteh dgn sahabat aku seorang Polis pencen. Tiba2 datang ex YB UMNO. Dia memujuk agar kami mengundi UMNOBNPAS di NS.  Alasannya ad...