Ahad, 21 Disember 2008

Fairus boleh dipenjara maksimum 2 tahun

Mohammad Fairus Khairuddin boleh didakwa mengikut seksyen 506, kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 2 tahun, sekiranya disabitkan dengan kesalahan ancaman jenayah terhadap dua anggota exco AMK Pulau Pinang, Selasa lalu.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya yang enggan dikenali, kesalahan tersebut boleh disabitkan ke atas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang itu, meskipun ugutan tersebut tidak membabitkan sebarang senjata.

“Meskipun tidak membabitkan senjata, beliau boleh disabitkan dengan seksyen 506, kanun keseksaaan kerana ancaman jenayah,” katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Fairus yang mengugut melalui telefon dua exco berkenaan ketika mereka dalam perjalanan menghantar memorandum mewakili AMK Pulau Pinang kepada tiga Exco kerajaan negeri ( keADILan ) yang turut membabitkan Fairus.

Fairus bagaimanapun menafikan dia berbuat demikain dalam akhbar hari ini.


sumber.... alahai fairus

2 ulasan:

Mr Joker berkata...

Salam tuan punya blog... hari ni aku baghu tau hang ada blog... jadik secara rasminya aku masukkan link blog hang dekat blog aku dekat ruangan "mi no spik inglish"... sekian mekasih...

zul mamak png berkata...

tq my frend.....

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...