Ahad, 21 Disember 2008

wanita.....mana pilihan kamu...



Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang

Yang Pertama..
Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperoleh..
Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...

Yang Kedua..
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi..
Kamu pilihlah sama ada
Hendak menjadi kelapa atau pun mutiara..
Di sebalik santan..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
Tertanam di dasar yang paling dalam..
sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana
dilapisi kulit yang keras menghadang..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama mutiara tertanam..
makin tinggi nilaian..

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..

Menjadi santan..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan..
kemudian hilang segala nikmat danpujian..

Menjadi mutiara..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia..
tangisan mengiringi berzaman..




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam zul,
tak jumpa lagi ka,...mutiara yang hang dok cari..ni kan pulau mutiara...tak kan satu pon tarak!:apabila Allah jadikan ADAM,ia mengetahui tak ada satu yang dapat menyenangkan,membahagiakan,mententeramkan dll selain HAWA,sebab itu ialah...keistemewaan siHAWA.SUBHANAALLAH....segala puji untuknya.

zul mamak png berkata...

salam kembali.....

macam mana nak jumpa... cari pun belum lagi..... lagi pun orang kata la... bukan saya kata.... semahal-mahal mutiara tu hanya untuk perhiasan..... dan secantik-cantik seorang isteri itu hanya untuk perhiasan si suaminya...... bukan senang nak dapatkan mutiara yang cantik bersinar kerana hanganya pun mahal kalau nak di bandingkan dengan manik-manik yang bersulam.................

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...