Selasa, 27 Januari 2009

Ahamad Pakeh akui terima tawaran PKR-malaysiakini


AHLI Dewan Undangan Negeri Kawasan Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam (foto) mengakui dirinya ada menerima tawaran untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setakat ini, katanya, beliau belum memutuskan untuk menerima tawaran berkenaan atau tidak. Semuanya bergantung hasil pertemuan dengan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur.

"Memang saya ada menerima tawaran itu diajak bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi tak kan saya nak terus pergi begitu sahaja. Tunggulah keputusan hasil pertemuan dengan Datuk Seri Najib.

"Sekarang ni ramai yang anggap jawatan Ketua Bahagian adalah lebih penting dari wakil rakyat saya. Jadi, tengoklah macamana nanti," ujar Ahamad ketika mengulas ringkas desas-desus terdapat beberapa lagi Adun BN khususnya Umno akan menuruti jejak langkah diambil Nasharudin untuk menyertai barisan Pakatan Rakyat yang kini menerajui kerajaan negeri Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaludin dipetik sebagai berkata, terdapat tiga Adun Umno akan menyertai Pakatan Rakyat tidak lama lagi. Bagaimanapun, proses perbincangan masih berjalan dan menunjukkan tanda positif..
 
sumber dari nakmarahmarahlah

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...