Isnin, 26 Januari 2009

BEREBUT-REBUT LIHAT KEKUASAAN ALLAH-malaysiakini


Tiap-tiap sesuatu yang berlaku di dunia ini ada hikmah dan sebab musababnya. Namun ada sesetengah manusia yang mengaku Islam tetapi tidak mahu menerima kenyataan bahawa segala musibah yang berlaku adalah bala Allah.

Mereka ini mengaitkan semua kejadian tersebut sebagai fenomena alam yang tiada kaitan dengan Allah. Walaupun pelbagai peringatan di firmankan oleh Allah dan hadis disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W mereka tidak juga mahu mempercayainya.

Mengapa mereka begitu takut untuk mengakui kekuasaan Allah dan firman Allah.

Hari ini orang-orang beriman menyambut gerhana matahari atas rasa keinsafan kerana mereka faham bahawa Allah menjadikan gerhana untuk menakutkan hambanya. Namun di sana masih ramai yang melihat gerhana dengan tidak ada rasa apa-apa seolah-olah gerhana itu terjadi dengan sendirinya.

Orang-orang beriman berebut-rebut untuk mengambil peluang untuk meningkatkan keimanan kepada Allah dengan kejadian gerhana, tetapi orang-orang yang derhaka kepada Allah melihat gerhana hanyalah fenomena Alam yang datang sekali sekala.
 
dari blog mutaligat
 
 

3 ulasan:

Gelombang Rakyat berkata...

Salam...

Internet putus-putus, sukar nak melawat blog rakan semua, dan letak komen.

Ini ada line clear sikit...

PAPA GOMO berkata...

ASALAM....

EMMMM TAK NAMPAK ARAH TUJUAN EMPUNYA BLOGG NI.

CAKAP PUSING-PUSING!!!

Tanpa Nama berkata...

salam Gomo,
Tak nampak arah tujuan ke?
pusing pusing.?..pi mai pi mai tang tu...?

SUDAH TERANG,... LAGI BERSULUH!!!!!

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...