Sabtu, 10 Januari 2009

Dairi seorang relawan Islamic Relief- Hatem Shurrab.

    Gaza: 5 Januari

    Untuk hari kedua kami terpaksa menangguhkan rancangan untuk mengedarkan makanan. Setiap jam keadaan menjadi semakin teruk, membuat kerja-kerja pengedaran makanan ke jalan-jalan menjadi sukar.

    Rumah tanpa air dan bekalan elektrik. Penduduk Gaza hanya menerima bekalan air seminggu sekali selama enam bulan yang lepas. Bila bekalan elektrik terputus, air bawah tanah tidak dapat dipam keluar.

    Ini sangat merbahaya. Tanpa air keadaan  menjadi bertambah bahaya, masalah kesihatan dan isu penyakit merebak.

    Gaza (lokasi) sekarang berpecah-pecah kerana kehadiran askar Israel dan menjadi sukar untuk pergi ke bahagian tengah (gaza)

    Rakan saya yang sedang berkhidmat untuk anak yatim ditengah Gaza, sekarang ia menjadi sukar untuk ke situ.

    Tanpa dapat bergerak dengan selamat telah memberi kesan yang buruk kepada usaha bantuan. Baru hari ini saya dapat berada di tempat dimana orang berbaris untuk mendapatkan  roti dan bercakap dengan mereka. Letupan bom dapat didengar dimana-mana.

    Saya berjumpa dengan seorang perempuan yang telah berbaris dari jam 730 pagi  hingga 1030 pagi . Tetapi ada yang lain telah berbaris (untuk mendapatkan  roti) sampai 10 jam- disebabkan kekurangan roti. Seorang lelaki saya jumpa, mengatakan kepada saya bahawa dia bertukar-tukar berbaris dengan adik lelakinya supaya tidak terlepas giliran.

    Yang lain saya jumpa hanya mampu menangis bila saya mula hendak bercakap dengannya- ianya seperti tidak ada perkataan tinggal untuk diucapkan.

     

    Kadang-kadang saya seperti bercakap perkara yang sama berulang-ulang, tetapi sememangnya keadaan kemanusiaan sesungguhnya mengecewakan. Rakan saya dari UN mengatakan (keadaan ini) adalah sebuah krisis kemanusiaan (yang buruk).

    Setiap hari di Gaza rasanya seperti tidak akan menjadi lebih teruk lagi-tetapi itu yang terus berlaku. Orang di sini tidak tahu apa hendak dilakukan atau diharapkan.

    Saya mengajak anda untuk membayangkan bagaimana perasaan anda  bila  berada didalam keadaan dimana anda dan orang yang tersayang (hidup) dalam keadaan makanan yang sikit, air yang sikit dan tanpa bekalan elektrik. Dan sepanjang masa bunyi letupan bom, missiles dan kereta kebal-boleh didengar dimana-mana.

    10 hari yang panjang (siang dan malam) penduduk Gaza tinggal dalam ketakutan-kami begitu penat dan setiap hari yang datang membawa  bersamanya  lebih banyak keganasan dan kepayahan.

    Diterjemahkan dari  BBC NEWS

    Megat Shariffudin Ibrahim 9/1/2009

    Palestinian Centre of Excellent (PACE)

    DARI IPOH UNTUK GAZA

    Http://dariipohuntukgaza.blogspot.com <http://dariipohuntukgaza.blogspot.com/


Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...