Jumaat, 9 Januari 2009

Perhimpunan Aman Di Masjid USM dan Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang


Lagi siri perhimpunan aman mengutuk serangan zionis israel terhadap rakyat Palestin telah di adakan di Pulau Pinang petang tadi:

USM





Di USM perhimpunan yang di anjurkan oleh Sekartariat Sukarelawan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar USM telah diadakan di perkarangan Masjid Al Malik Khalid pada jam 12.30 tengahari tadi.

Pada perhimpunan itu juga Prof. Madya Omar bin Osman sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar), Universiti Sains Malaysia telah melancarkan tabung derma untuk rakyat Palestin.


MASJID KAPITAN KELING

Di Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang hampir 1000 orang telah hadir untuk berhimpun bagi membantah serangan israel terhadap rakyat Palestin selepas selesai solat Jumaat dan solat Hajat petang tadi.

Perhimpunan dimulakan dengan ucapan dari Ust Buqhari (Imam Besar Masjid Kapitan Keling ), Cikgu Azmi ( TERAS ) , S.M Mohamed Idris ( Pengerusi Citizens International ) dan wakil dari rakyat Palestin.

Ketua Menteri Pulau Pinang Yb Tuan Lim Guang Eng serta ADUN Batu Maung yang juga Exco kerajaan negeri YB Tuan Haji Malik Kassim turut hadir untuk memberi sokongan terhadap perhimpunan itu.

Perhimpunan telah di akhiri dengan pembakaran bendera zionis israel laknatullah...

Allah Hu Akbar!!!!!!!

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...