Jumaat, 23 Januari 2009

Fairus digugurkan dari jawatan timbalan pengerusi perhubungan negeri keADILan Pulau Pinang-malaysiakini


YB Mohd Fairus Digugurkan dari Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri


Dato Zahrain Mohd Hashim - Kekal Pengerusi Perhubungan Negeri Pulau Pinang



Mohd Fauzi- Kekal sebagai Pen Setiausaha Perhubungan Negeri


YB Tan Hock Leong Menggantikan YB Law Choo Kiang


PKR Pulau Pinang membuat rombakan drastik dalam jawatankuasa perhubungan negerinya dengan menggugurkan dua daripada tiga timbalan pengerusinya, termasuk Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin.Seorang lagi timbalan pengerusi PKR negeri yang digugurkan ialah exco kerajaan negeri, Law Choo Kiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BukitTambun.

Tempat Mohd Fairus digantikan oleh Dr Mansor Othman manakala Law digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Tan Hock Leong.Bagaimanapun Mohd Fairus dilantik sebagai ahli jawatankuasa jemputan.Manakala Datuk Zahrain Mohamed Hashim kekal sebagai pengerusi PKR negeri dan Adun Batu Uban, S Raveentharan kekal sebagai timbalan pengerusi negeri.Jawatan ketua Pemuda PKR negeri yang kosong sebelum ini diisi ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.Mustafa Kamal Mohd Yusoff mengekalkan jawatan setiausaha perhubungan negeri, manakala Mohamed Fauzi Noordin kekal sebagai penolong setiausaha.Dua lagi penolong setiausaha merupakan muka baru iaitu, Lim Boo Chang dan M Nyanasegaran.Manakala Diong Chong Mee dilantik sebagai timbalan ketua Wanita negeri.Ketika dihubungi hari ini, Zahrain berkata, mesyuarat perhubungan negeri memutuskan bahawa semua exco kerajaan negeri dari PKR, tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti di peringkat negeri.Katanya, ia melibatkan jawatan pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha dan ketua penerangan.Menurutnya, rombakan itu bertujuan untuk memantap prestasi jawatankuasa perhubungan negeri."Ia dilakukan supaya exco dapat memberi fokus kepada urusan kerajaan negeri," tambahnya.

Bagaimanapun, perubahan drastik mencetuskan andaian bahawa ia ada kaitan dengan prestasi Mohd Fairus yang dikritik oleh banyak pihak, termasuk mendapat teguran ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mengulas mengenainya, Zahrain berkata ia tiada kaitan dengan isu tersebut, sambil menyifatkannya sebagai satu spekulasi semata-mata."Saya tidak ada menerima aduan rasmi berhubung perkara itu," katanya.Beliau mengakui ia adalah keputusannya tetapi telah dipersetujui oleh semua pihak, termasuk Anwar sendiri.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahahahaha
angguk-angguk,geleng-geleng,tunduk-tunduk ikut telunjuk.....

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...