PULAU PINANG, 23 Jan (Hrkh)- Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) hari ini menerima tamparan paling hebat dalam sejarah penubuhanya apabila PAS Tanjung mengantar 'batu nesan' sebagai tanda ingatan supaya Maipp lebih agresif menjagai tanah perkuburan Islam terutamanya yang diapit pembangunan.
Rombongan PAS Tanjung diketuai Yang Dipertuanya, Yaacob Omar dan Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Tanjung, Rasidi Salim bagaimana pun gagal bertemu Yang Dipertua Maipp, Shabudin Yahya kerana beliau dikatakan berada di Kuala Lumpur.
Memorandum sehelai mukasurat itu diserahkan kepada wakil Maipp untuk tindakan lanjut agar mereka lebih prihatin terhadap setiap pembangunan yang hendak dirancang supaya ia tidak membabitan kawasan perkuburan lama.
"PAS dan Lajnah Kebajikan PAS Tanjung kesal atas apa yang berlaku di tanah perkuburan Kampung Kolam yang kini dijadikan tempat membuang sampah dan besi-besi binaan.
"Bukan itu sahaja malah batu nesan dicabut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, " ujar Yacoob kepada media sejurus selesai pertemuan dengan wakil Maipp.
Menurutnya, tanah wakaf yang ada di Pulau Pinang hendaklah dipelihara kesucianya selari dengan amanah pewakaf yang mahukan pembangunan perkampungan Islam dan pendidikan Islam bukan dengan projek komesial yang menguntungkan golongan kaya.
Sambungnya, banyak tanah wakaf yang tergadai contohnya tanah wakaf Jalan Perak lot 1525 yang dipajak kepada JKP oleh Maipp bertentangan dengan tanah perkuburan Dato' Keramat yang dibangunkan dengan harga ratusan ribu ringgit seunit.
Sepatutnya, Maipp menjadikan kawasan tersebut dengan perkuburan baru bagi umat Islam di Pulau Pinang memandangkan tanah perkuburan yang sedia ada padat dan tidak mampu lagi menampung apabila berlaku kematian.
"Apa salahnya kawasan yang hendak dimajukan dibangunkan perkuburan baru yang sememangnya sudah menjadi isu terpenting ekoran kawasan yang ada contohnya di masjid Hashim Yahya kini sudah padat, " terang beliau mengharap satu perubahan.
Bukan sahaja perkuburan dibangunkan dengan pembangunan komesial malah ada sebuah bangunan di Kampung Makan didirikan atas tanah perkuburan.Sampai hari ini tegas Yaacob, Maipp masih gagal tanganinya begitu juga ke atas tanah wakaf di Jalan Lebuh Chulia yang mana sehingga kini ia menjadi tempat pembuangan sampah, menghisap dadah, meminum arak setelah tiadanya pemantauan daripada pihak Maipp.
Berita ini tiba-tiba gempar kembali setelah ia menghiasi muka depan akhbar harian kononya tanah perkuburan Islam di Kampung Kolam dijadikan tempat pembuangan sampah.
Justeru itu, kesan daripada memorandum tersebut Maipp telah menghantar empat orang kakitangan untuk menyiasat sendiri kes tersebut.
"Sebagai langkah awal kami nak pastikan ia benar-benar kawasan perkuburan sepertimana yang didakwa.
"Selepas ini kami mahu pemaju memasang tali untuk menandakan ia adalah perkuburan lama dan dilarang sama sekali individu melaluinya atau meletakan sebarang barangan seperti besi atau sampah, " kata wakil Maipp ketika ditapak lokasi. - azm_
2 ulasan:
puaih ati perot...sekali dgn batu nesan depa antaq...ni baru berkesan dgn memorandum...kat paklah dgn pemimpin 'haprak' mau antaq ja dgn benda2 yg boleh menyantuni depa..baru depa pikiaq siket...
kalau tidak depa tak reti dan buat2 tak paham... la baru depa ada akai sikit nak berpikiaq..
Catat Ulasan