Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mencabar bekas ketua Angkatan Muda PKR Ezam Mohd Nor berdebat atas dakwaan menuduhnya menyertai Umno kerana hendak mencari makan.
"Ezam baru-baru ini mencabar saya untuk bersumpah. Saya kata, sumpah orang sudah tidak main.
"Tapi kalau hendak berbincang, berdialog dan berdebat, bolehlah," katanya dalam ceramah Pakatan Rakyat di Kampung Nesan Empat dalam DUN Bandar malam tadi.
Exco kerajaan Kelantan itu mengulas kenyataan Ezam yang mencabarnya bersumpah berhubung tuduhan tersebut.
Husam berkata, beliau sedih Ezam yang pada awalnya berhasrat mahu berkempen membanteras rasuah tetapi menyertai Umno sebuah parti yang didakwanya mengamalkan rasuah.
"Nak lawan apa kalau parti yang kita masuk itu mengamalkan rasuah," katanya lagi.
Kira-kira 1,000 orang hadir di majlis tersebut menyebabkan jalan sesak sepanjang hampir satu kilometer.
Dalam ceramahnya di Kampung Kubang Parit dalam DUN Wakaf Mempelam, Rabu lalu, Ezam berkata beliau kecewa dengan tuduhan Husam itu.
Sehubungan itu, bekas setiausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berhasrat menjelajah seluruh Kelantan untuk menjelaskan kepada rakyat negeri itu mengenai siapa sebenarnya Husam.
Dalam ceramahnya itu, Husam bertanya apakah peranan Datuk Seri Najib Razak ketika ini.
"Najib, timbalan perdana menteri Malaysia ke timbalan perdana menteri Kuala Terengganu? Hari-hari datang ke Kuala Terengganu.
"Dia tidak tahu, banyak isu yang sedang berlaku termasuk isu Palestin," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan