Sabtu, 17 Januari 2009

kisah sehari di hari mengundi-malaysiakini

SELESAI SUDAH PROSES MEMBUANG UNDI.........
 
sementara menunggu untuk mengira undi, marilah kita bersama-sama berdoa agar kemenangan berpihak kepada kita
 
5.00 ptg Proses pengundian bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang bermula jam 8 pagi ini, ditutupkan tepat jam 5 petang ini. kuala terengganu by election 170109 polling day queue

4.30 ptg Sebanyak 76 peratus pemilih telah keluar mengundi sehingga jam 4 petang tadi.

4.00 ptg Pengerusi Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan beliau 'ditahan' skuad pemantau PAS kerana menyamar sebagai agen tempat mengundi. Berita mengenainya di siarkan dalam Harakahdaily.net hari ini, yang mendakwa Azeez ditahan ketika keluar dari tempat mengundi di SK Pusat Cabang Tiga. Ketika dihubungi Malaysiakini, Azeez berkata ia adalah satu fitnah kerana beliau sepanjang masa berada di pondok panas Tok Ku di DUN Bandar.Baca berita lanjut

2.45 ptg Dua jam lagi menjelang tamat tempoh mengundi pada jam 5 petang, petugas dan penyokong kedua-dua parti yang bertanding ramai semula. Pengundi mula mengundi selepas waktu makan tengahari. Bagaimanapun, jumlah mereka kurang daripada pagi tadi dan jalan-jalan juga agak lengang.

2.00 ptg Pemantau Pilihanraykuala terengganu by election 170109 polling day outside schoola Bebas dan Adil (Mafrel) menyifatkan jumlah 42 peratus pemilih yang telah mengundi sehingga tengahari tadi sebagai perkara biasa. Badan itu belum menerima sebarang laporan mengenai insiden tidak diingini berlaku sehingga ini, kata Pengarah Mafrel, Kol (B) Shahrudin Othman.

1.30 t/hari Satu pergaduhan kecil dilaporkan berlaku antara penyokong Umno dan Pakatan Rakyat di depan Sekolah Menengah Gong Kapas tengahari tadi. Baca berita lanjut.

1.00 t/hari Kemeriahan penyokong petugas BN dan PAS yang dari  Terengganu jelas kelihatan di jalan dan tempat membuang undi. Menurut penduduk, pilihanraya umum lalu tidak semeriah hari ini. Penyokong PAS bertakbir dan berselamat, manakala penyokong BN melaungkan gelombang biru.

12.40 t/hari Di DUN Batu Buruk, PKR menyediakan sukarelawan untuk membawa pengundi ke pusat pengundian di sana. Menurut ketua bahagian PKR Batu Burok, Zarawi Embong berkata, keadaan seperti pesta apabila kedua belah pihak bersorak ria antara satu sama lain.

12.30 t/hari Menurut Timbalan Pengerusi PKR Terengganu, Razali Alias berkata sehingga jam 12.15 tadi, hampir separuh pemilih di DUN Ladang telah keluar mengundi. Katanya, keadaan legang di kebanyakan kawasan kerana jumlah pengundi tidak ramai. kuala terengganu by election 170109 polling day wheelchair

12 t/hari Semua saluran di SK Tengku Bariah mulai lengang jam 11.30 pagi tadi. Kawasan ini mempunyai lebih 3,000 pengundi dan merupakan antara pusat pengundian terbesar di DUN Ladang.

11.40 pagi Menurut pengerusi tugas-tugas khas Umno bahagian bagi pilihanraya kecil Parlimen Terengganu, Syed Abdul Rahim Tuan Besar berkita, pemantauan pihaknya di Gong Kapas, DUN Ladang, mendapati kira-kiro 40 peratus pemilih di situ telah keluar mengundi sehingga ini. Katanya, semua berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingin berlaku.

11.15 pagi Kesesakan teruk dilaporkan berlaku di Jalan Pasir Panjang, membabitkan lokasi tiga buah sekolah yang menjadi pusat mengundi Bukit Besar, Pasir Panjang dan Bukit Bayas.

11 pagi Kesesakan lalulintas dilaporkan berlaku kesesakan di sebelas pusat pembuangan undi di DUN Batu Burok, apabila orang ramai berkumpul untuk mengundi.Pengundian berjalan lancar.

10.30 pagi Proses pengundian di kebanyakan pusat tempat di DUN Bandar dilaporkan perlahan. Keadaan lalulintas juga tidak sesak. Menurut pekerja PKR di situ, setakat ini semua berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.

9.50 pagi Di pusat pengundian di Dewan Tunku Abd Rahman, dalam DUN Bandar, di mana sebahagian besarnya pengukuala terengganu by election 170109 polling wan farid 01ndi Cina, ramai yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka pagi ini. Terdapat kira-kira 50 penyokong kedua parti di situ tetapi keadaan terkawal.

9.00 pagi Di SK Pusat Chabang Tiga station, kira-kira 100 penyokong PAS dan Umno berada di tepi jalan membawa sepanduk dan mengebar bendera parti masing-masing. Mereka saling melaung antara satu sama lain. Penyokong PAS melaungkan ' Allahu-akbar' dan dijawab oleh penyokong Umno dengan laungan "PAS kluk klek", "PAS bohong."

8.50 pagi Sekumpulan besar penyokong BN yang membawa bendera parti, mula berkumpul di luar SK Bukit Besar. Kedengaran laungan Allahu-akbar dan 'Hidup BN'.

8.30 pagi Keadaan cuaca dilaporkan baik di seluruh Kuala Tetangganu pagi ini. Anggota polis yang ramai kelihatan mengawal di luar beberapa pusat-pusat mengundi.kuala terengganu by election voting day 170109 wahid voting

8.15 pagi Selepas mengundi Wan Farid memberitahu pemberita: "Insya-Allah, pengundi akan mengundi dengan bijak dan memilih kesinambungan melalui BN".

7.50 pagi
Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid tiba untuk mengundi SK Bukit Besar. Beliau tiba bersama isterinya, Toh Puan Intan Baizura. Mereka mengundi pada jam 8.05 pagi.

7.45 pagi
calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut tiba di pusat pengundian di SK Pusat Chabang Tiga untuk mebuang undi. Beliau ditemani isterinya dan lima daripada sembilan orang anaknya. Mohd Abdul Wahid berkata beliau datang awal untuk menjadi orang pertama mengundi di situ.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam Zul mamak png!

Alhamdulillah....termakbul juga doa kita,namun kita jangan leka,kemenangan yang lebih besar ...harus dijana dari sekarang,....liku2 ke 'PUTRAJAYA'bukan sekadar mimpi disiang hari...najib em**********

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...