1. Gunakan Sultan.
Dah berjaya kaedah ini.
2.Laga-lagakan komponen dalam Pakatan Rakyat.
DAP salahkan PAS.PKR salahkan DAP.PAS salahkan PKR.Sedang berlaku.Faktor meletakkan kesalahan kepada DAP dengan mengkambinghitamkan Nga dan Ngeh.PKR pula dengan menyalahkan 2 Exconya yang melompat,Faktor PAS dengan menuduh Nizar boneka DAP.
3.Derhaka kepada Sultan.
Kalau 50 tahun dulu,taktik ini mungkin menjadi tapi zaman dah berubah.Sekarang Jebat Express pun dah ada.Ketika ini walaupun semalam Pakatan Rakyat mengadakan demo membantah keputusan Sultan Perak yang enggan merestui pembubaran DUN Perak dan memecat Nizar sebagai MB Perak,rakyat masih memihak kepada Nizar.
Apa yang perlu dilakukan oleh bloggers ketika ini ialah bersatu dan berganding bahu mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di kelima-lima negeri.Di samping itu,mencari sebanyak mana yang boleh kesalahan kerajaan haram BN yang baru untuk menjatuhkannya.
Tok ni ada dengar cerita,ada ADUN BN nak lompat parti pasal tak setuju Zamri jad MB.Ada juga ADUN senior di kalangan UMNO yang tak puas hati jika ketiga-tiga ADUN Bebas ditawarkan kerusi Exco. Tok juga ada mendengar percubaan UMNO mencuri ADUN PKR atau DAP yang berbangsa India kerana ketika ini BN tiada wakil berbangsa India.
Tok Iskandar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan