Kerajaan Pakatan Rakyat Perak hanya boleh dibubarkan melalui undi tidak percaya dalam sidang DUN atau pilihanraya di peringkat negeri. Selain tindakan tersebut adalah melanggar keluhuran perlembagaan dan undang-undang. Manakala kerajaan yang di lantik dikhuatiri tidak sah dan keputusan tersebut boleh di cabar di mahkamah.
Adalah tindakan paling wajar apabila kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah menfailkan kes 3 ADUN tersebut di mahkamah. Sekiranya pengambilan kuasa ini terus berjalan, MB Nizar akan menfailkan saman ke atas Sultan Perak dan kerajaan baru. Bagi mengelak tercetusnya hura-hara, pilihanraya semula adalah tindakan yang paling tepat bagi mengembalikan hak rakyat Perak.
http://addin77.blogspot.com/"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan