Isnin, 16 Februari 2009

Dato' Panglima Bukit Gantang Musuh UMNO-malaysiakini

Mengikut sejarah yang tersurat, Dato Panglima Bukit Gantang pernah mengisytiharkan permusuhan beliau kepada UMNO secara terbuka. Ikutilah nukilan dari Wilkepedia Bahasa Melayu

Haji Abd Wahab selaku Menteri Besar Perak telah menubuhkan Parti Kebangsaan Perak (Perak National Party). Pada peringkat awal, parti-parti politik bercorak kenegerian sahaja. Ketika itu seseorang boleh menyertai dua atau lebih parti politik.

Kemudian pada Mac 1953 Dato' Panglima Bukit Gantang (walaupun sebagai Pengerusi UMNO Perak) telah mula mengusahakan penubuhan sebuah parti politik yang lain di luar kekuasan UMNO dan memberikan sokongan politiknya kepada Dato Onn Jaafar yang telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (Independence of Malaya Party / IMP).

Pada April 1953 beliau telah dipecat dari UMNO tetapi cawangan-cawangan UMNO Perak telah menyokong Haji Abd Wahab dengan majoriti undi percaya 37 berbanding 15. Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman memberi amaran kepada cawangan-cawangan UMNO di Perak bahawa mereka akan dipecat jika terus-terusan mengakui Dato' Panglima Bukit Gantang sebagai pengerusi UMNO Perak. Akhirnya sebahagian besar UMNO Perak keluar menyertai Dato' Panglima Bukit Gantang menubuhkan Parti Kebangsaan Perak yang menjadi teman politik Dato' Onn dan Parti Kemerdekaan Malaya


Ertinya, rakyat di Bukit Gantang harus menyahut semangat dan peninggalan Dato Panglima dengan menghumban UMNO ke Selat Melaka dan mengundi calon PAS di dalam PRK Bukit Gantang akan datang.

Ingatlah, kalau Dato Panglima boleh tolak UMNO sedangkan beliau adalah pengasas UMNO, mengapa rakyat Bukit Gantang tidak boleh.

Ayuh ke arah perubahan

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...