Pengumuman Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, memegang sehingga lapan portfolio dalam senarai barisan Exco, kelmarin menimbulkan tanda tanya di kalangan orang politik.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, keadaan itu menimbulkan persoalan mengenai kemampuan sebenar Menteri Besar itu dan barisan Exconya.
"Saya hanya memegang dua portfolio dalam barisan Exco Pulau Pinang dan itu pun saya sudah tidak menang tangan," katanya kepada media selepas melawat bangunan ketiga yang baru siap di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Teknikal Altera Corporation Sdn Bhd di sini semalam.
Beliau tidak faham keputusan itu dan tertanya-tanya apa yang sebenarnya terjadi kepada Kerajaan Perak yang baru.
"Adakah ini bermakna beliau (Dr Zambry) tidak mempunyai Exco berkemampuan untuk memikul tugas pentadbiran kerajaan?
"Sepatutnya mereka bekerja dalam satu kumpulan di samping berkongsi beban kerja untuk mewujudkan suasana kerja yang lebih kondusif dan membuat keputusan secara kolektif.
"Ini bukan kerja seorang diri (one man show) tetapi bekerja sebagai satu kumpulan," katanya.
Guan Eng juga mempersoalkan sama ada Dr Zambry mampu memikul dan melaksanakan tanggungjawab serta peranan semua portfolio itu.
"Mungkin itu adalah di luar kemampuannya," katanya.
Menurutnya, keadaan itu juga boleh memberi gambaran tidak sihat kepada pelabur luar apabila mendapati kurang kumpulan cerdik pandai untuk mentadbir sesebuah negeri menyebabkan banyak bidang perlu diterajui sendiri oleh Menteri Besar.
"Pelabur luar akan melihat pelbagai aspek sebelum membuat keputusan untuk melabur. Portfolio dalam barisan Exco Perak itu menggambarkan seolah-olah mereka ketandusan pemimpin yang berkaliber," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Luka Rakyat
Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...
-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya. Ini selaras deng...
-
Harapkan pingat tak dapat Harapkan projek tak dapat Semua tak dapat takpa ...tak kisah... Tapi kawan2 semua yang ada cuma minta satu saja...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan