Selasa, 10 Februari 2009

harakah & suara keadilan dirampas-malaysiakini

Akhbar dwimingguan PAS Harakah yang memuatkan edisi terkini  pergolakan politik di Perak dirampas di beberapa tempat, termasuk di negeri itu dan Selangor.

djz convention 101205 ahmad lutfiKetua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman memberitahu Malaysiakini hari ini, jumlah rampasan dan pihak yang merampasnya belum dapat ditentukan.

Tambahnya, pihak berkuasa telah memberikan "tekanan" kepada pihak akhbar tersebut sebelum edisi semalam - yang diedarkan mulai hujung minggu lepas - dicetak.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan dengan perinci bentuk tekanan tersebut, dipercayai mengenai tajuk utama dan kandungan laporan akhbar tersebut mengenai rampasan kuasa BN terhadap kerajaan pimpinan menteri besar PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mulai minggu lepas.

Ahmad Lufti berkata, Harakah sedang menghubungi pengedar-pengedarnya di negeri-negeri lain untuk memastikan sama ada mereka juga mengalami masalah seumpama itu.

Katanya lagi, beliau tidak menyangka rampasan itu berlaku kerana tiada notis diberikan dan ia berlaku secara "tiba-tiba".
 
lagi pautan di sini

1 ulasan:

Pasong berkata...

assalamualaikum
apa kata post je harakah kat blog atau harakahdaily n kita print je untuk bacaan semua orang.. atau tanda protes kita pula beli atau rampas saja akhbar yang putar belit, n kita bakar

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...