Selasa, 10 Februari 2009

Osman Jailu dikenakan Waran tangkap-malaysiakini

IPOH, 10 Feb:
 
Mahkamah Majistret Ipoh mengeluarkan waran tangkap terhadap Adun Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu kerana tidak hadir kes rasuah projek pembangunan bernilai RM180 juta.

Bekas Adun PKR itu, yang kini wakil rakyat bebas, sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah bersama seorang lagi rakannya Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) - yang juga tidak hadir.

Jamaluddin menyerahkan sijil sakitnya kepada mahkamah, tetapi Mohd Osman tidak berbuat demikian.

Waran tangkap juga dikeluarkan terhadap ahli perniagaan Usaili Alias, seorang ahli jawatankuasa perhubungan PKR Perak, atas alasan yang sama.

Waran ini bagaimanapun dibatalkan selepas Usaili muncul di mahkamah itu - setelah kes dipindahkan kerana tiada hakim di mahkamah sesyen - sejam kemudian.

 Untuk itu, mahkamah telah menangguhkan perbicaraan mereka ke 15 Februari ini.
 

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...